Bahang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) semakin dirasai apabila lebih 21 juta rakyat Malaysia akan keluar mengundi pada Sabtu ini.

Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob tidak terkecuali antara yang bakal membuang undi bagi menentukan kerajaan pemerintah yang akan memimpin negara dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dalam perkongsian di laman Instagram miliknya, Fazley memberikan buah pandangannya agar rakyat yang keluar mengundi menjadi lebih peka dan bijak dengan ‘permainan’ politik negara.

“Saya rasa waktu-waktu sekarang ni, orang berpolitik macam main badminton, ada masa dia smash, ada masa dia main net, ada masa dia rally panjang-panjang lepas tu smash, cuma bila smash tu ada masa dapat point, ada masa lawan dapat bertahan ada masa smash tu sia sia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)

IKLAN

“Cuma bila dah namanya berpolitik, mesti ada pihak nak menang. Cuma sayangnya, tak semua bijak berpolitik bersih, masing-masing gemar sangat #characterassassination.

“Kita ni yang jadi penonton? Kena bijak tengok pemain mana yang kita pilih. Memang seronok tengok masing-masing smash, net, dropshot, backhand, trickshot.

“Namun realitinya, bukan parti yang kita pilih, tapi siapa yang kita yakin. Zaman pilih parti ni dah lama berlalu, zaman sekarang individu tu jauh lebih penting,” tulis Fazley di ruangan kapsyen sambil mengepilkan video dia bermain badminton.

IKLAN

Dalam posting itu juga, Fazley berkata entri yang dibuatnya itu adalah secara suka-suka sebagai pemerhati politik negara, bukan kerana ditaja oleh mana-mana pihak.

“Jangan risau, post ini tidak berbayar, tidak dibayar dan bukan influencer job. Tapi sekadar pemerhati yang suka main badminton,” tulisnya.

IKLAN

PRU15 akan diadakan pada 19 November ini dan sebagai memberi kemudahan kepada rakyat untuk keluar mengundi, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai cuti umum.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Datuk Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI