“Pregnant, Ahamdulillah….,” – Shukri Yahaya Diberi Kejutan Kotak iPhone 11, Tapi Rupanya…

Share

Pelakon terkenal, Shukri Yahaya telah menerima kejutan dari isteri tersayang, Tya Adnan baru-baru ini.

Bingkisan hadiah itu adalah bersempena ulang tahun perkahwinan keempat pasangan sama cantik, sama padan itu.

Menerusi IGTV Tya, wanita itu dirakam telah menghadiahkan sebuah kotak iPhone 11.

Bagaimanapun, selepas membuka kotak berkenaan, Shukri terkejut apabila ia sebenarnya merupakan alat ujian kehamilan!

“Alamak! Apa 23 ni? Eh ‘pregnant’ la..Alhamdulillah,” kata Shukri teruja dan gembira.

Berita kehamilan itu turut disaksikan oleh anak perempuan mereka, Aaira Ameena yang sama-sama gembira bakal menerima ahli baru.

Terdahulu, Shukri seakan memberi bayangan mahu menimang cahaya mata kedua menerusi ucapan yang ditujukan kepada isterinya di Instagram.

“Happy Anniversary Sayang @tyaadnan. Thank you sebab jadi wife & mommy yang HEBAT untuk kami!

Kita gemok sama-sama, kita kurus sama-sama, kita tua sama-sama okay!

“p/s: Ameena dah letih hisap ibu jari kaki dia tu,” tulisnya.

Shukri dan Tya berkahwin pada 20 November 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Aaira Ameena,3 tahun.

Video:Instagram Shukri Yahya,Tya Adnan

IKLAN