Benar apa yang dikatakan tangan yang memberi lebih mulia daripada tangan yang menerima. MH cukup tertarik dengan perkongsian pelakon Hanis Zalikha baru-baru ini di Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian Hanis di Insta Story miliknya, seorang wanita telah memenangi sebuah kereta ketika cabutan bertuah. Wah bertuah sungguh!

The Power of Sedekah, Perkongsian Hanis Zalikha Tarik Perhatian Ramai

Apa yang menarik, wanita berkenaan telah mendapat sebuah kereta yang berharga RM230 ribu hasil daripada membeli Al-Quran untuk diwakafkan sebanyak RM250.

IKLAN

Benarlah, sekiranya kita berbuat baik, rezeki akan diberkati,malah, Allah telah membayarnya dengan tunai, malah berganda-ganda!

The Power of Sedekah, Perkongsian Hanis Zalikha Tarik Perhatian Ramai

IKLAN

“Alhamdudillah a beautiful closing for MR 2017”

 

 

“The lady that win the car, when they checked her lucky draw receipt, she was’t really shopping for herself. She bought quran for wakaf worth RM250.”

 

 

The car that she won? RM230,000. Allah is Great.” Tulisnya di laman tersebut.

Dalam masa sama, perkongsian Hanis telah dimuat naik seorang individu bernama Adyyyy di laman Twitter. Perkongsian Adyyyy itu telah menerima lebih daripada 19,000 retweet dan 10,000 likes daripaad pengguna laman tersebut.

The Power of Sedekah, Perkongsian Hanis Zalikha Tarik Perhatian Ramai

IKLAN

“The power of sedekah. I’m shocked.” tulisnya.

Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi dan rata-rata berkata bersetuju dengan perkongsian tersebut mengenai kebaikan bersedekah.

The Power of Sedekah, Perkongsian Hanis Zalikha Tarik Perhatian Ramai

Alhamdudillah. MH juga berharap agar peristiwa ini dapat dijadikan bukti buat kita semua supaya percaya bahawa janji Allah itu pasti.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI