Pelakon dan pengacara terkenal, Didie Alias ada berkongsi foto dirinya bersama dengan pengacara Uyaina Arshad di laman media sosial Instagram miliknya.
Difahamkan, kedua-dua selebriti ini telah terlibat dengan program hiburan Famili Duo yang bersiaran di saluran TV3.
Menariknya, penampilan ibu kepada enam orang cahaya mata ini nyata kelihatan sangat bergaya dan elegan.
“Good Morning With my beautiful girl @uyainaarshad#familiduo,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen entri berkenaan.
Lantas, perkongsian bintang drama bersiri Takdir Yang Tertulis ini telah menjadi perhatian peminat.
Ads
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat memuji penampilan Didie yang tampak sangat bergaya meski sudah menjangkau usia 49 tahun.
Ads
Sekadar informasi, Famili Duo ini telah dihoskan oleh Uyaina manakala Didie dan pelawak Mark Adam sebagai juri tetap program yang bersiaran pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di TV3.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas melahirkan anak keduanya pada 2 Januari lalu, pelakon dan usahawan Mawar Rashid mendedahkah dia kini telah kembali berkerja demi membantu keluarganya.
Mawar atau nama lengkapnya Wan Mawar Shaputri Wan Rashid memaklumkan anak perempuannya, Raden Seri Rossabella Cinta itu juga sudah genap mencecah usia lebih dua bulan.
“Sorry Raden Seri mommy. Mommy terpaksa bekerja walaupun Cinta baru 2 bulan.
Menerusi pautan foto permata hatinya itu, rata-rata peminat memuji kecomelan wajah anak perempuan Mawar di ruangan komen.
Mawar dan suaminya, Raf Yaakob mendirikan rumah tangga pada tanggal 9 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Raden Muhammad Rafael, yang kini berusia 2 tahun.
Foto: Instagram Mawar Rashid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Umum mengetahui, cinta lokasi antara lumrah yang biasa terjadi dalam industri hiburan tanah air mahupun antarabangsa.
Apabila para pelakon kerap kali bertemu di lokasi pengambaran dengan membawakan pula watak serta adegan berkasih-sayang, sudah tentu ada kalanya bibit-bibit cinta itu mulai terasa.
Bagaimanapun, pengacara dan pelakon, Shaza Bae cuba elak hal tersebut daripada berlaku kerana dia berpendapat cinta di lokasi boleh mengganggu konsentrasinya untuk memberikan mutu lakonan yang terbaik.
Jelas Shaza, sepanjang berada di set pengambaran, fokusnya hanya tertumpu mengenai soal kerja semata-mata.
“Cinlok (Cinta lokasi) itu wujud tapi bukan untuk saya. Saya tidak mahu, tidak ingin dan tidak akan terjebak InsyaAllah.
“Sebab kita pergi set nak kerja. Itu mindset saya. Saya tahu bila saya pergi ke set, saya berikan sepenuh komitmen. Saya sendiri tak tahu macam mana pelakon lain boleh bercinta di lokasi,” katanya kepada MH.
Menurut Shaza yang juga merupakan Juara Dewi Remaja 2019/2020 ini lagi, jadual kerja yang padat serta komitmen menyebabkan dia tidak mempunyai masa untuk memikirkan mengenai soal tersebut.
“Bila saya pergi ke set saya hanya akan fikir mengenai cara lakonan saya. Saya tidak faham macam mana pelakon lain boleh ada masa untuk fikirkan hal tu.
“Saya hanya fokus pasal lakonan, watak dan macam mana wajah saya bila di hadapan lensa. Baju dan turutan babak pun nak kena fikir lagi. Kemudian nak lari pula pergi mengacarakan Hlive. Saya memang tiada masa untuk semua itu,” jelasnya jujur.
Dia pada masa sama menyifatkan masing-masing mungkin mempunyai pandangan berbeza.
Dalam perkembangan lain, Shaza ketika ini sedang sibuk mempromosikan drama terbaru lakonannya, Marry Me Seniorita arahan Michael Ang.
Ketika ramai yang menganggap dia kini merupakan ‘anak emas’ kepada Michael, Shaza menambah apa yang diperolehinya kini sebagai rezeki.
“Saya dah dua kali berlakon drama arahan Michael. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.
“Saya ada satu lagi projek lakonan tapi bukan dengan Michael cuma dia yang mencadangkan nama saya pada produksi tersebut. InsyaAllah saya akan mulakan pengambaran minggu depan,” katanya.
Sumber Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bahagian dari anak pasangan usahawan kosmetik, Datin Sri Shahida dan Datuk Sri Aliff Syukri, iaitu Ibraheem Adham atau mesra dipanggil Baem mengalami benjol selepas dipercayai terjatuh ketika bermain bersama adik-beradiknya yang lain baru-baru ini.
Meski saiz benjolnya agak besar, namun usikan daripada ibunya membuatkan wargamaya terhibur.
Berniat mahu menasihati anaknya, Shahida berkata anaknya mungkin hilang ingatan disebabkan benjol yang dialami.
“Lasak sangat tak reti diam, saya tipukan aja nanti dia hilang ingatan sbb benjol dia besar. Kemain tangisan keinsafan dia.
“Tak tahu nak kesian ke nak ketawa!,” tulisnya pada video yang dikongsikan menerusi Instagram itu.
Sambil menangis, Baem turut tidak mahu jauh daripada ibunya dan hanya memeluknya erat. Malah, dia tak henti berzikir.
Bagaimanapun selepas kejadian, benjol besar di kepala Baem kian menyusut dan kembali pulih.
Baem merupakan anak ketiga pasangan usahawan berjaya ini.
Selain Baem, pasangan ini turut mempunyai empat orang cahaya mata lain, Ammar Ahyyan, Qadejah El, Yusuf Al-Qardawy, Raudhah Arshiyah serta seorang anak angkat, Ameena.
Sehingga kini, video tersebut menerima hampir 900,000 kali tontonan bersama ratusan komen yang ditinggalkan.
Penyanyi, Hafiz Suip tetap dengan pendiriannya untuk tidak mengizinkan isterinya, Fiona Safiyya untuk kembali menyanyi dan aktif dengan aktiviti pentas selepas berumah tangga.