Penyanyi, Shiha Zikir menyifatkan program, Anugerah Juara Lagu sebagai antara pertandingan yang paling telus untuk menilai kualiti sesebuah karya.

Kenyataan tersebut merupakan respon balas Shiha selapas ada pihak yang dikatakan mempertikaikan pemilihan lagu Kalam di AJL38.

“Popular Atau Tidak? Ini Platform Paling Telus,” – Ada Pertikai Lagu ‘Kalam’ Ke AJL38, Ini Tegas Shiha Zikir

Katanya lagi, AJL tidak hanya mementing populariti lagu sahaja sebaliknya aspek penulisan lirik dan penggubahan lagu turut dinilai.

“Saya bukan komposer atau penulis lirik. Saya cuma penyanyi. Apa yang saya lihat sebagai orang luar, AJL mementingkan kualiti daripada kuantiti.

“Popular atau tidak sesebuah lagu itu, ia tidak menjadi masalah asalkan lagu itu merupakan kualiti AJL dari segi lirik dan penggubahan lagu. Itu yang saya percaya.

“Sebab itu saya tak ambil pusing andai lagu ini tak sepopular lagu-lagu lain. Bagi saya, AJL merupakan platform yang paling telus untuk menilai sesebuah lagu,” katanya kepada MH.

Katanya lagi, lagu Kalam ini juga sarat dengan mesej positif yang boleh memberikan pengajaran kepada orang ramai.

IKLAN

“Popular Atau Tidak? Ini Platform Paling Telus,” – Ada Pertikai Lagu ‘Kalam’ Ke AJL38, Ini Tegas Shiha Zikir

“Alhamdulullah ini merupakan rezeki. Kalau orang kata saya terima lagu ini semata-mata untuk sasar ke AJL, ya memang benar. Syukur, impian saya tercapai.

“Jadi, saya harap para penonton akan mendapat mesej yang positif daripada bait lirik lagu ini.

“Kalau boleh, kita mahu menjadi negara yang sentiasa menyokong sama ada artis di negara sendiri atau luar. Kita juga kena tunjukkan diri kita sebagai netizen yang positif dan tak bercakap buruk mengenai orang lain,” ulasnya lagi.

IKLAN

“Popular Atau Tidak? Ini Platform Paling Telus,” – Ada Pertikai Lagu ‘Kalam’ Ke AJL38, Ini Tegas Shiha Zikir “Popular Atau Tidak? Ini Platform Paling Telus,” – Ada Pertikai Lagu ‘Kalam’ Ke AJL38, Ini Tegas Shiha Zikir

Sementara itu, Shiha turut memaklumkan dia bakal mengadakan konsert khas untuk memperingati mentornya, Allahyarham Datuk Sharifah Aini selain turut mengenang kembali kisah jatuh bangun bergelar anak seni.

“Impian yang belum berjaya dicapai adalah untuk berduet dengan Datuk Sharifah Aini. Waktu di progam Mentor itu lain. Namun, tak sempat.

“Jadi, untuk konsert pada bulan Ogos nanti, saya berpeluang berduer dengan Sharifah Aini secara AI (artificial intelligence). Tajuk konsert itu nanti adalah Malam Inspirasi & Kenangan.

IKLAN

“Saya nak beri inspirasi kepada orang ramai. Rasanya ramai tahu perjuangan saya. Saya tak pernah mengalah. Satu ketika dahulu, ada yang tak layan saya dan pandang sebelah mata.

“Saya juga nak bawa kembali kenangan lama dan undang artis yang banyak beri inspirasi kepada saya. Apa yang boleh saya janjikan, anda bukan sahaja akan melihat nyanyian tapi juga menikmati persembahan,” akhirinya.

“Popular Atau Tidak? Ini Platform Paling Telus,” – Ada Pertikai Lagu ‘Kalam’ Ke AJL38, Ini Tegas Shiha Zikir

Terdahulu, lagu Kalam bakal berentap dengan 11 lagu lain di AJL38 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur pada 3 Mac depan.

AJL38 akan dipancarkan secara langsung di saluran TV3 dan aplikasi Tonton.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Kredit Foto: Instagram Shiha Zikir

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI