Pelakon yang kini bergelar ahli politik, Datin Anne Ngasri mengakui bidang politik telah membuka matanya untuk melihat dengan lebih dekat realiti kehidupan rakyat di Malaysia.
Menurut Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri, reliti itu juga telah membuatkan dirinya bertambah semangat untuk berkerja lebih keras dalam usaha untuk memperjuangkan nasib rakyat.
“Bila saya turun padang, ia merupakan satu perasaan yang sangat indah. Sebelum ini, saya hanya berlakon di tv untuk babak membantu orang.
“Kini, saya berjumpa dengan pelbagai peringkat masyarakat. Ia turut memberikan kesedaran kepada saya sebagai seorang manusia.
“Walaupun ada yang tak suka dengan kerjaya ahli politik, pada saya mereka melihatnya daripada sudut lain. Bila saya turut padang, ia sangat dekat di hati saya,” katanya kepada MH.
Adik kepada pelakon Bell Ngasri itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pertunjukkan fesyen Nona Glam Raya pada Rabu.
Ads
Dalam pada itu, Anne akui dia telah banyak berdepan situasi menyentuh hati sepanjang inisiatifnya menyantuni masyarakat di Malaysia.
“Terlalu banyak momen yang menyentuh jiwa. Bila kita lihat realiti kehidupan rakyat Malaysia, saya rasa masyarakat kita perlu mensyukuri jasa para pemimpin.
“Kerana apa yang terjadi hari ini adalah kerana hasil usaha sesebuah parti itu kepada negara.
Ads
“Walaupun kita melihat orang itu susah, kita cuba sedaya upaya membina orang itu.
“Saya rasa, orang politik ini lebih memikirkan orang lain tanpa mengira siapa orangnya. Itu yang perlu kita hargai,” ulasnya lagi.
Malah, Anne turut menyifatkan jasa orang politik sangat besar dalam pembangunan sesebuah negara.
Ads
“Politik ini tak semestinya perkara-perkara yang tidak baik sahaja seperti yang ramai perkatakan.
“Kalau kita lihat semula, bidang politik ini sangat mulia jasanya. Apa yang kita ada sekarang ini merupakan hasil tangan kerja orang politik.
“Mungkin disebabkan minat itu, Allah izinkan saya ceburi bidang politik. Saya masuk bertanding dan diizinkan menang.
“Ini bermakna Allah mahu memberikan saya tanggungjawab itu. In Sha Allah, doakan saya supaya mampu melakukan yang terbaik,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Azza Elite memaklumkan bapa mertuanya telah meninggal dunia pada pukul 4.55 pagi tadi.
Berita sedih itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya, walau bagaimanapun tidak dinyatakan sebab kematian.
“innalillahiwainnailahirojiun mohon sedekah kan alfatihah buat allahyarham bapa mertua saya arwah zulaily baharudin telah pergi meninggal kan kami jam 4.55 am,” kongsinya.
Bintang media sosial yang kini bergelar pelakon, Sean Jle atau nama lengkapnya, Sean Lee Jia Ern ada berkongsi foto kandid yang memperlihatkan aksinya yang sedang mengambil wudhuk.
Lalu, perkongsian foto berkenaan mencetuskan sensasi sehingga ada di antara peminatnya yang menyangka dia sudah pun memeluk Islam, sebagaimana yang dilakukan selebriti berbangsa Cina sebelum ini, pengarah Michael Ang.
Sean bagaimanapun menerusi ruangan kapsyen sudah menjelaskan bahawa ia merupakan antara babak yang perlu diselesaikan menerusi drama web episod, berjudul Celup di samping Emma Maembong.
“Shooting web series #celup pagi ni, scene masjid lagi. bersihkan diri dulu sebelum masuk hehe harap2 xde org rembat selipar @HavaianasMalaysia Sean ni,” tulisnya ringkas.
Pengacara Hawa Ridzwana terkilan apabila ada pihak yang merendahkan-rendahkan mereka yang menyambung pengajian dalam bidang komunikasi dan seni persembahan di Institusi Pengajian Tinggi.