Pihak polis merampas enam jenis ubat dari kediaman usahawan dan pempengaruh media sosial, Abd Ridzuan Abdul Mutalib atau lebih dikenali sebagai Ridz Okumura, bagi membantu siasatan berhubung kematian isterinya, Akiko Okumura, pada Jumaat lalu.
Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, kes ini masih diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun siasatan terus dijalankan dari beberapa sudut.
“Ada beberapa ubat dalam bentuk pil yang kita rampas daripada rumah itu (tempat kejadian) yang dipercayai daripada Jepun (negara asal Akiko).
“Kita akan dapatkan bantuan daripada pihak kedutaan (Jepun) untuk kenal pasti apa ubat-ubat yang dia (Akiko) ambil, yang mungkin ada kaitan dengan insiden ini,” katanya.
Siasatan Lanjut
Pihak polis kini meneliti sama ada mangsa mempunyai sejarah kemurungan atau masalah kesihatan yang memerlukan rawatan ubat-ubatan.
Ads
Menurut Hussein, mereka akan mendapatkan bantuan pakar daripada Jabatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk mengenal pasti kandungan dan kegunaan ubat-ubatan yang dirampas.
“Sekiranya kita perlukan bantuan pihak di Jepun untuk kita dapatkan maklumat lanjut berhubung ubat-ubatan ini, maka kita akan minta bantuan pihak kedutaan Jepun,” katanya lagi.
Ketika ditanya sama ada Akiko pernah menerima rawatan kemurungan, beliau memaklumkan perkara itu masih dalam siasatan, sama ada rawatan diterima di Malaysia atau Jepun.
Ads
Enam Individu Dirakam Keterangan
Setakat ini, polis telah merakam keterangan enam individu termasuk suami dan anak mangsa.
“Empat lagi individu yang dirakam keterangan adalah kakitangan hospital yang menjalankan bedah siasat serta saksi awam yang ada di tempat kejadian semasa mayat mangsa ditemui,” jelasnya.
Ads
Semalam, Hussein mengesahkan bahawa wanita warga Jepun berusia 50-an yang dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat 4 sebuah kondominium di SS16, Subang Jaya, ialah Akiko Okumura.
Jenazah Akiko Okumura selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam USJ22, Subang Jaya, pada Sabtu lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Duo pereka fesyen dari FM Group, Farel Mikhail dan Jonathan Kok, berdebar menanti reaksi masyarakat terhadap lagu raya pertama terbitan mereka, Si Gadis Lebaran, yang dinyanyikan oleh Aliff Azman.
Lagu ciptaan bersama Tya Amida dan Farel sendiri ini merupakan satu percubaan berani oleh FM Group dalam meneroka bidang muzik.
Menurut Farel, yang juga Pengarah FM Group, keberanian untuk mencuba sesuatu yang baharu hadir setelah melihat usahawan selebriti terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri yang berjaya menapak dalam dunia nyanyian.
“Tak dinafikan memang ada yang cakap, kalau dah jadi designer tu, tak payah sibuk nak cipta dan terbitkan lagu. Fokus sahaja dunia fesyen katanya.
“Bagi saya dan Jonathan, tak salah kami nak mencuba sesuatu yang baharu. Lagi pun fesyen dan dunia seni saling berkaitan. Belum cuba belum tahu.
“Biarlah apa orang nak cakap, kami ambil semangat Datuk Seri Aliff Syukri yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Lihat beliau, orang nak kata apa sekalipun, dia tetap teruskan menyanyi.
“Beliau inspirasi kami. Semangat serta keberanian yang ditonjolkan dalam media sosial sebenarnya memberi dorongan kepada kami mahu pun orang lain yang mungkin masih ragu-ragu membuat keputusan dan takut menanggung risiko.
“Selain itu, antara tujuan kami buat lagu raya ini bukanlah sekadar nak memeriahkan sambutan Syawal dan industri muzik, tapi juga nak berkongsi bakat dalam bidang penulisan lagu,” katanya.
Farel berkata demikian ketika ditemui dalam acara Beautiful Malaysia: Celebrating Malaysia Foods, Arts, Culture and Fashion di Grandmama, Pavilion Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Lagu Si Gadis Lebaran mengisahkan seorang wanita yang kelihatan anggun dan bergaya di pagi raya, dengan kejelitaannya semakin menyerlah apabila mengenakan busana tradisional Melayu.
Farel tidak menafikan bahawa penghasilan lagu ini adalah langkah pertamanya untuk lebih serius dalam bidang muzik.
“Ketika membuat lirik lagu ini, saya terbayangkan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Ini kerana, penampilan beliau yang sinonim dengan imej wanita Melayu.
“Bukan itu sahaja, beliau juga antara penyanyi yang mempunyai banyak lagu raya yang popular dan menjadi siulan ramai.
“Beliau juga merupakan bintang yang sentiasa memartabat budaya Melayu. Kami kagum sangat, di sebalik nama besar yang dibina, beliau tak pernah lupa akar budaya kita,” katanya.
Menurut Farel, percubaan pertamanya mencipta lagu dan lirik merupakan langkah awal sebelum melangkah lebih jauh dalam dunia muzik.
“Ada juga yang bertanya, kenapa tidak kami saja yang nyanyi lagu tersebut. Sebenarnya saya tiada bakat dalam menyanyi, tapi dalam cipta lirik dan melodi tu, saya berusaha yang terbaik dalam menggilap bakat yang ada.
“Saya sebenarnya serius dalam bidang ini. Selepas ini mana tahu saya boleh cipta lagu dan bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL). Insya-Allah, kalau ada rezeki, kita tak mampu tolak.
“Namun, masih banyak yang perlu saya belajar lagi. Kena buat banyak research, hadiri kelas yang sesuai dan mungkin dalami seni muzik. Semua itu perlukan proses,” katanya.
Dalam acara sama, Farel dan Jonathan turut mempersembahkan koleksi rekaan mereka, iaitu 13 jenis busana wanita Melayu dari pelbagai negeri di Malaysia.
“13 jenis rekaan busana wanita Melayu di Malaysia yang kami bawakan bukan sahaja sesuai dipakai ketika hari raya, malah pada hari lain juga. Boleh dikatakan juga 13 rekaan itu mewakili setiap negeri di Malaysia.
“Rekaan bermotifkan songket serta batik ini berinspirasikan wanita Melayu misalnya Puteri Perak untuk negeri Perak, Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), Kebaya Sulam (Pulau Pinang), Kurung Riau (Johor) dan banyak lagi.
“Untuk 13 rekaan ini, saya turut bekerjasama dengan pereka fesyen dari Sarawak, Melakar, Pulau Pinang dan Kedah dalam memenuhi tema tradisional wanita Melayu,” katanya.
Malah Farel optimis menjelaskan Beautiful Malaysia adalah salah satu usaha dalam mengekalkan seni kebudayaan negara dan turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC).
Untuk rekod, FM Group yang juga penganjur festival fesyen Precious of Malaysia sebelum ini pernah menerbitkan buku Pesona Kebaya secara eksklusif.
Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, berkenan mencemar duli melancarkan buku Pesona Kebaya – Enchanting of Kebaya (Dwi-Bahasa) itu di Menara Affin, Tun Razak Exchange (TRX), Kuala Lumpur, tahun lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin menafikan dakwaan segelintir pihak yang menuduhnya mengabaikan anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya, 4, kerana terlalu sibuk dengan komitmen kerja.
Malah, Fattah, 34, turut menolak tuduhan bahawa perkongsiannya di media sosial ketika bertemu anak sebelum ini hanyalah untuk meraih perhatian.
“Ada pihak yang kata saya terlalu sibuk sampai tak sempat jumpa anak. Saya terkilan dengan tuduhan seperti itu.
“Takkanlah setiap kali saya jumpa anak, saya perlu muat naik gambar atau video semata-mata untuk tunjuk kepada semua orang. Buat apa, kan?
“Cuma ada masanya saya rasa nak kongsi, saya akan muat naik. Saya kongsi bukan sebab nak buat konten.
“Tapi ada pula yang cakap bila dah jumpa anak, nak tunjuk dekat orang. Macam-macam persepsi,” katanya ketika ditemui pada karnival beli-belah Celebfest Ramadan di Suntec, Singapura, pada Jumaat.
Fattah berharap agar orang ramai tidak terus membuat spekulasi mengenai hubungannya dengan anak, memandangkan mereka masih berjumpa dan bekas isterinya, Nur Fazura, turut memberikan kerjasama yang baik.
“Saya sendiri pening kepala dengan dakwaan-dakwaan ini. Bila saya kongsi, orang kata nak buat konten. Bila tak kongsi, orang kata saya tak jumpa anak.
“Jadi, saya nak perbetulkan keadaan bahawa saya ada berjumpa anak saya beberapa kali, cuma ada masanya kita faham dia tak sihat dan mungkin tak mahu keluar.
“Jadi tolong jangan salahkan sesiapa kerana perkongsian saya sebelum ini nak beritahu saya ada berjumpa anak saya.
“Pihak Fazura pun memberi kerjasama yang baik. Tak ada sesiapa yang salah dalam hal ini,” katanya lagi.
Mengenai perkongsiannya di Instagram Stories yang memohon doa untuk kesihatan anaknya, Fattah menjelaskan bahawa dia hanya meluahkan perasaan sebagai seorang bapa.
“Saya tak dapat jumpa dia sebab keadaan dia tidak sihat ketika ini. Sebagai bapa, saya perlu faham keadaan dan perasaan dia, jadi tak boleh nak paksa dia untuk jumpa saya.
“Macam yang anda sendiri tengok, keadaan dia tak sihat dan tak mahu berjumpa. Perkongsian saya itu hanya luahan hati seorang bapa saja,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon yang popular menerusi francais filem Harry Potter, Simon Fisher-Becker, telah menghembuskan nafas terakhir pada usia 63 tahun.
Berita pemergian aktor berbadan besar itu disahkan sendiri oleh pengurusnya, Kim Barry dari Jaffrey Management, serta pasangannya, Tony, dalam satu hantaran di media sosial.
“Hari ini saya kehilangan bukan sahaja seorang klien, tetapi juga seorang sahabat rapat selama 15 tahun,” kata Barry dalam satu kenyataan rasmi kepada media.
Selain itu, Kim Barry turut berkongsi kenangan istimewanya bersama Fisher-Becker sepanjang bekerjasama dalam memacu kerjaya pelakon itu dalam dunia lakonan.
“Saya masih ingat saat saya menelefonnya untuk memberitahu bahawa dia ditawarkan watak Dorium Maldovar dalam Doctor Who,” katanya.
Selain berbakat besar dalam lakonan, Fisher-Becker juga dikenali sebagai seorang penulis, pencerita dan penceramah yang hebat.
“Dia sangat baik hati, penuh budi bahasa, dan sentiasa mengambil berat tentang orang di sekelilingnya. Saya ingin menyampaikan ucapan takziah kepada suaminya, Tony, keluarganya, serta semua peminat yang menyayangi Simon,” tambah Barry.
Pada hari Ahad lalu, suami kepada Fisher-Becker, Tony, memuat naik hantaran menyayat hati di Facebook bagi mengesahkan berita pemergian pelakon itu.
“Halo semua. Ini Tony, suami Simon. Saya ada berita yang sangat sedih. Pada pukul 2:50 petang tadi, Simon telah meninggal dunia,” tulisnya.
“Saya akan mengekalkan akaun ini buat sementara waktu. Saya tidak pasti sama ada saya akan membuat hantaran lagi. Terima kasih,” tambahnya.
Muncul dalam filem Harry Potter yang pertama Harry Potter and the Philosopher’s Stone, watak Fisher-Becker sebagai hantu Fat Friar dalam Harry Potter sememangnya meninggalkan kesan kepada peminat francais magis tersebut.
Hantu rasmi Rumah Hufflepuff itu cukup dikenali kerana perwatakannya yang ceria dan mesra. Selain Harry Potter, Fisher-Becker juga sinonim dengan wataknya sebagai Dorium Maldovar dalam musim ke-5 dan ke-6 siri hit Doctor Who.
Malah, dia turut mengulangi peranannya dalam siri podcast Doctor Who: The Eleventh Doctor Chronicles and Jenny — The Doctor’s Daughter.
Tidak hanya itu, mendiang juga pernah membintangi beberapa siri TV British terkenal seperti Puppy Love, One Foot in the Grave, The Bill, Love Soup, dan Afterlife.
Dalam dunia perfileman pula, Fisher-Becker terlibat dalam filem Les Misérables yang disiarkan pada 2012, filem tersebut berjaya memenangi kategori Filem Terbaik di anugerah Oscar.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...