
Siapa yang tidak kenal dengan nama Shila Amzah, orangnya sangat versetail dan berbakat dalam bidang nyanyian.
Tidak dinafikan, untuk berada di kedudukan sekarang, Shila selaku penyanyi senior telah lalui pelbagai cabaran dan rintangan dalam dunia nyanyian.
Melihat cabaran yang harus dilalui oleh sesetengah pendatang baru tambah pula kecoh isu nyanyian hancur seorang penyanyi baru di program live sehingga timbul beberapa kecaman, Shila selaku ‘kakak’ berkongsi beberapa tip dan nasihat buat semua penyanyi baru dalam industri.
Menurutnya, selaku individu yang bertuah punyai rezeki dan platform untuk mengetengahkan bakat nyanyia, tiada salahnya untuk seseorang itu meluangkan sedikit waktu untuk melakukan beberapa latihan nyanyian live terutamanya lagu sendiri agar tidak lari jauh dengan recording bersion.
Menurutnya latihan tersebut haruslah dibuat sekurang-kurangnya 2 jam sehari sudah memadai.
kepada adik2 yg baru2 ni,
Tuhan dah kasi rezeki,platform terbentang luas utk korang.
Please do practice nyanyi lagu korang LIVE, as close as the recording version..
Practice je selalu okay?satu hari 2 hours❤
Apa salah nya kita improve kan diri kita kan?
N good luck adik2 semua !— 茜拉 (@Shilaamzah) January 26, 2018
Katanya lagi, kadang-kadang bila lagu susah popular dan kerap dimainkan di radio, ‘expectation’ orang akan lebih tinggi, jadi semua penyanyi haruslah berusaha untuk menyanyi sebaik yang mungkin.
Tambahnya, jika ada individu yang kritik cara nyanyian kita, jangan berputus asa dan ambilnya sebagai satu cabaran untuk perbaiki diri kerana itulah tanggungjawab seorang penyanyi untuk menghiburkan orang.
Shila turut memberitahu seseorang penyanyi perlu mempunyai nawaitu yang betul, janganlah sekadar ingin mengejar populariti dan harus memahami tanggungjawab seorang penyanyi.
Malah, Shila turut mengingatkan jangan abaikan tanggungjawab semata-mata kerana alasan tidak sihat atau sedang bersedih.
Kadang2 lagu tu dah catchy, dah sedap dah..banyak radio main,
Lagi popular lagu tu, lagi tinggi expectation orang..
So , if ada org kritik nyanyian kita,take it as a challenge to improve ourselves okay?
Usaha sampai nyanyi in pitch..
Jaga pitching tu, penting tau ❤— 茜拉 (@Shilaamzah) January 26, 2018
Dalam masa yang sama, Shila turut mengingatkan semua orang untuk sentiasa memberi sokongan kepada artis baru kerana masih ‘hijau’, beri mereka ruang untuk perbaiki kelemahan dan jangan sesekali menghina.
Kita kena kasi encouragement to them la, jangan la sampai tahap menghina..
Diorg semua hijau lagi,
Banyak ruang lagi boleh perbaiki,
With right attitude in sha Allah diorg akan jadi lebih bagus dari penyanyi yang sedia ada❤
So don’t give up! Fighting ✌— 茜拉 (@Shilaamzah) January 26, 2018
Bukan itu sahaja, Shila turut berkongsi beberapa tip buat pendatang baru agar melakukan beberapa latihan untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.
Antaranya seperti Rekod suara menggunakan telefon kemudian dengar semula dan perbaiki part-part yang kurang.
Menurutnya, dia sendiri tidak pernah menghadiri mana-mana kelas vokal tetapi dengan amalan seperti ini Shila sentiasa memperbaiki kelemahan sehingga ke hari ini.
The trick is,time kita practise, record practise session tu kat phone, then dengar balik..
Baru kita tau apa yang kita kena improve,
Breathing salah ke,
Placing note salah ke..
Kasha tak pernah ambil vocal class, but with experience in sha Allah korang akan dpt belajar sendiri ❤— 茜拉 (@Shilaamzah) January 26, 2018
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI