Lalu, netizen telah memberikan komen yang pelbagai terhadap gambar tersebut.
Dalam masa sama, ada juga netizen yang menegur cara David itu supaya tidak membandingkan
kedua-dua beradik itu kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.
Terdahulu, David pernah melakukan perkara sama apabila membandingkan kecomelan Yusuf Iskndar dengan Sheriv Samheizy.
Foto : IG David Teo
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bekas isteri Ally Iskandar, Farah Lee telah meluahkan rasa di Instagrammya baru-baru ini.
Menerusi posting di media sosialnya, ibu kepada seorang anak itu ada menyatakan beberapa jenis status yang perlu dihormati masyarakat.
“Macam mana nak buat orang respect dengan status anda sekarang adalah dengan anda sendiri respect status tersebut.
“Be it janda or anak dara tua or mandul or loser or whatever other terms the ignorants gave you, be thankful for it, kerna dalamnya terdapat banyak pengajaran, yang tak semua diberi merasa oleh Tuhan. Embrace, and be you.
“Pssst : Don’t get me wrong. It’s not about bawang2 well you know I memang usually #pangkang je benda2 tu and live my own life hehe..
“What I meant was, some people rasa down dengan status mereka sekarang tambah dengan mulut bawang. So I was trinna tell them that, whatever they’re facing right now, is the best for them and they should embrace, and learn from the journey.
“Because only them have the power to control themselves. Selagi diri malu dengan diri sendiri, selagi tu kita akan affected dengan mulut orang, malu nak bangkit berdiri lagi. Then they won’t heal…
“Adehhh.. My circle is big guys, not everything I wrote is for myself. Sometimes I write for others too. So see it big okay.? I’m all fine here Tapi yang suka membawang tu memang elok kita #pangkang berjemaah,” tulis Farah.
Meski pemilik nama penuh Nurfarahin Romli bukanlah selebriti, namun ibu tunggal ini terkenal dalam kalangan hijabi dan merupakan seorang ibu tunggal yang cekal.
Untuk rekod, Farah dan Ally pernah mendirikan rumah tangga pada 20 Januari 2012 dan bercerai pada 17 Ogos 2016.
Mereka turut dikurniakan seorang anak iaitu Maream Esabel,4 tahun.
Foto : IG Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Maya Karin cukup dikenali sebagai aktivis alam semula jadi dan haiwan terancam.
Memuatnaik sebuah foto dia sedang menikmati keindahan alam sambil baring di sungai membuatkan netizen cukup teruja.
Menggunakan tandapagar #riveroflife, Maya mencabar netizen memuatnaik gambar yang sama.
Cukup mencuit hati, pelbagai reaksi yang diterima. Ada yang telefon pintar terjatuh dalam air semata-mata nak ikut aksi pelakon Duyung ini.
Bukan senang nak baring dalam air sambil senyum kata netizen. Ada yang air sampai masuk hidung.
Maya Karin merupakan duta River Of Life dan bertanggungjawab untuk mengajak masyarakat bersama-sama memelihara dan menjaga sungai-sungai daripada diperlakukan seperti tong sampah.
Jom layan gambar-gambar kreatif #riveroflife
Foto – Twitter Maya Karin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kekal dengan prinsip untuk terus istiqamah mengenakan hijab, pelakon dan pengacara, Elly Mazlein sanggup menolak tawaran kerja berjumlah RM500,000 daripada sebuah jenama terkenal yang mahu melantiknya sebagai duta.