Nampaknya ada lagi segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab berani untuk menyebarkan filem yang masih dalam tayangan di pawagam kepada umum menerusi media sosial.

Kalau sebelum ini filem Abang Long Fadil 2 tersebar kali ini filem Pinjamkan Hatiku pula menjadi mangsa kerakusan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab.

Menurut satu sumber, disebabkan terlalu marah dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab ini, salah seorang pelakon dalam filem ini iaitu Farid Kamil telah membuat laporan polis semalam kira-kira jam 2.30 petang.

IKLAN

Farid berkata dia bertindak untuk membuat laporan polis adalah untuk memastikan agar cetak rompak digital ini dapat dibendung sekaligus membawa pihak yang tidak bertanggungjawab ini ke muka pengadilan.

“Sebagai pelakon siapa yang tak marah apabila hasil kerja yang dilakukan dengan penuh rasa tanggungjawab disalah gunakan seperti itu.

 

“Saya ibaratkan perbuatan cetak rompak digital ini seperti saya dirogol tanpa kerelaan.

 

“Tindakan harus diambil bagi memastikan masalah ini tidak bertambah parah dan jangan sewenang-wenangnya menyebarkan hak kerja orang lain kepada awam secara percuma,” katanya kepada Mstar Online.

Selain daripada Farid, pengarah filem tersebut, Osman Ali juga turut bersama-samanya membuat laporan.

IKLAN

“Bagi saya pelakon turut memainkan peranan sebab ia melibatkan penjenamaan seorang artis.

 

“Cetak rompak versi baru ini adalah virus yang mampu tersebar dengan cepat sekiranya ia tidak dibendung.

 

“Ini juga soal hak dan setakat ini masih belum ada pelaksanaan menyeluruh bagi membanteras jenayah ini,” katanya.

Beberapa jam lalu, MH terlihat juga satu posting di Insta Stories daripada heroin filem ini, Ayda Jebat yang berkongsi rasa marah terhadap pihak tidak bertanggungjawab ini.

Pinjamkan Hatiku Disebar Secara Haram, Farid Kamil Buat Laporan Polis

IKLAN

MH harap pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab ini akan dihadapkan ke muka pengadilan dan mendapat hukuman setimpal dengan jenayah yang dilakukan dan secara tidak langsung memberi pengajaran kepada orang ramai untuk tidak mengulangi kesalahan ini di masa akan datang.

Sumber: Mstar Online & Instagram Ayda Jebat

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI