Di saat warga New Zealand berkabung menghormati kematian 50 mangsa tragedi 15 Mac, di Syria, seorang wanita meraikan Hari Ibu dengan kematian empat anaknya dibedil jet pejuang.
Menerusi laman Instagram Heliza Helmi, difahamkan kejadian berlaku di Idlib beberapa jam lepas.
“Sebentar tadi
Hari Ibu diraikan di Syria pada 21 March disambut dengan ‘Sinks and Pain’ apabila jet pejuang membunuh 4 kanak-kanak dan meninggalkan ibu mereka keseorangan dalam kesedihan luar jangka melihat mayat anak-anaknya hancur.
Ads
“Kejadian ini berlaku di bandar Idlib 5 jam lepas. Hasbunallah waniqmal wakil,” kongsinya daripada Dr. Sani Araby Al Kahery, Ketua Misi Bantuan Kemanusian RescueSyria (MAPIM Malaysia).
Pengacara Karl Shafek ada berkongsi perihal jari telunjuk kiri bapanya yang bakal dipotong akibat tisu mati selepas mengalami luka yang tidak dirawat.
Perkongsian tersebut dikongsikan Shafek menerusi Instagram posting terbaru.
“Sebelum masuk dewan bedah dia suruh amik gambar dia dulu. Dia nak “Haaaiiii” dulu kat semua. Jap lagi jari telunjuk kiri dia tu akan kena kerat dah,” tulisnya.
Lalu, Shafek turut berkongsi situasi sebenar yang berlaku.
“Cerita dia macam ni: Sabtu lepas dia kupas kelapa guna parang.. sebab dia nak minum air kelapa muda. Nak dijadikan cerita dia tertetak jari dia tu. Tapi dia rilek je senyap-senyap tak bagitau sesiapa.
“Sebab masa tu tak ada orang kat rumah. Bila mak balik, dia tanya kenapa jari berbalut Abah jawab luka sikit je. yang bestnya, dia cuma balut dengan tisu tebal-tebal, lepas tu ikat dengan getah.
“Padahal dah nak putus dah sekali dengan tulang pun dah berpisah. Malam semalam bila jari dia masih bleeding tak berhenti baru dia mintak bawak pegi hospital. Baru la semua tau betapa teruknya jari dia tu.
“Tapi dah terlambat, doktor memang tak boleh sambung jari tu sebab sel-sel semua dah mati. Jadi abah redha la. Dia siap gelak-gelak je sembang ngan doctor tadi.
“But the question is… macam mana dia boleh tahan sakit dari pagi sabtu sampai ahad malam? Abah memang kurang suka makan ubat. Lagi-lagi pain killer. Tak baik untuk kidney katanya,” tulis Shafek panjang lebar.
Usahawan Rozita Ibrahim yang juga merupakan ibu kepada Datuk Seri Aliff Syukri hari ini berkongsi pesanan buat masyarakat khususnya generasi muda.
Video tersebut memaparkan aksi Rozita sedang memegang cili padi sebagai tanda bersifat tegas.
“Dewasa itu susah, nak hidup cemerlang kena sifat juga cemerlang..Akedemik x pandai alihlah kpd kepandaian dn kemahiran..Jgn bermain berhibur leka dgn kawan2.. bermalas2.. tidur dn bermain2 yg x berfaedah
“Mencipta lah ..desgin lah bahagia dihujung usia caranya berkerja dn jaga masa pilih kawan yg bawa untung..!! pesan sy pd anak2 …lihat sy contoh terbaik kamu “ sy kerja umpama panjang lagi umur dn beramal seakan2 esok sy akn mati..
“Org yg x bersemangat jiwanya mati, stress berlebihan tanpa bijak kawal emosi , x cekap atur masa ..ilmu agama kurang , kewangan lemah itu tanda2 kamu x bijak kendali diri..
“Jadi org bertangjawab cekap ..sharp ..fakta syariah tu yg Ami ajar pd anak2 dn pengedar supaya mereka berjaya..bukan cakap 0..
“Ingat lah “ ORANG YG DIPERCAYAI ADALAH ORANG YG PALING DISAYANGI KERANA AKHLAKNYA DAKWAH DN CERMINAN MUKMIN”
“Jika mahu kelebihan hidup dn rasa aman kena gagah jiwa nak berubah dan berjuang..Rasa taggjawab dn usaha menagani kelemahan diri
“Macam mana nk berjaya “ jiwa kena luar biasa..bukan biasa2..”Jiwa sakit ubatnya ilmu dan fikir solusi cari kelemahan diri dn bawakan penguatnya..Semuanya ada ada kat kita dn Allah saja..stop salahkan org lain..sebagai Mempelajari utk nikmat kematangan usia
“Kamu mainkan masa..nanti masa juga yg mainkan kamu klubtua baru sedar sedih merana nanti..tu lah bebel dn kemarahan sy pd anak2 ..Kalau lemah anak muda sedih nanti lemahlah bangsa melayu akn dtg..!!Anak muda mencorak negara,” tulis Rozita.
Penyanyi Siti Sarah menegaskan bahawa individu yang mahu menjadi seorang artis bukan tertumpu pada rupa dan bakat semata, sebaliknya perlu memiliki sesuatu yang luar biasa.
Menerusi perkongsian penyanyi lagu Semakin itu, Sarah amat menitik beratkan mengenai Xfactor yang ada pada diri setiap individu.
“Kalau tanya saya antara rupa dan bakat mana lebih penting ?? Saya akan kata Xfactor .. ‘kenapa? sebab X factor ni tak semua org ada … rupa boleh di touch up … Bakat boleh digilap .. Xfactor its a GIFT !!
“Tak boleh dapat kat mana2 .. Pernah tak tengok org berlakon muka cantik, belakon pun pandai…. tapi macam ada kekosongan disitu .. kenapa?
“Ok lagi satu contoh , ada org yg bersuara sama seperti artis A , kadang wajah dia lebih cantik atau kacak dari artis A …tapi kenapa dia tak boleh jadi setaraf dengan artis A..?sebab maybe X factor tidak ada.. wallahualam, tulis Sarah.
Penyanyi dan pelakon MK K-Clique mengakui tanggungjawab sebagai bapa bukan sesuatu yang mudah, malah kehidupannya juga kini banyak berubah selepas bergelar bapa.