Juri tetap program realiti Gegar Vaganza, Datuk Ramlis M.S meminta agar keenam-enam finalis yang bakal berentap Ahad ini untuk terus konsisten dalam nyanyian, terutamanya apabila membuat persembahan secara langsung.

Maestro Muzik Malaysia ini mengutarakan pandangan sedemikian kepada MH sejurus ditemui di sidang media Separuh Akhir GV4 yang menyaksikan penyanyi Ghazal Berkasih, Syura diumumkan sebagai peserta tersingkir.

“Saya harap mereka dapat berikan satu persembahan yang konsisten dan boleh bila nyanyi secara live kenalah bagus. Mereka perlu bekerja keras kerana 100 peratus persembahan akan dinilai juri profesional. Nak tahu peserta itu nyanyi dengan baik atau tak, ikut persembahan live malam itulah. Kita sebagai juri bukan main nilai saja,” katanya kepada MH.

Justeru, bagi memberi impak tersendiri di dalam persembahan final tahun ini, Tok Ram turut memberitahu barisan lagu yang diberikan juga adalah bersifat ‘besar’ dan bertaraf konsert.

IKLAN

“Sebagai juri, kami perlukan lagu macam penyanyi buat persembahan di konsert. Lagu CD dan lagu konsert berbeza. Sebab itulah mereka kena all out. Jadi, dalam lagu itu ada mood konsert yang ada semua perkara antaranya tenaga, melodi, kebesaran dan komersial,” kongsinya lagi.

Barisan bintang GV4 yang bakal menggegarkan pentas akhir ialah Hazami, Aishah, Firman, Tia Jinbara, Liza Hanim dan Lan Solo.

IKLAN

Juara GV4 bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 serta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan trofi. Sementara itu, tempat ketiga, keempat, kelima dan keenam masing-masing bakal membawa pulang wang tunai RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 serta trofi.

IKLAN

Konsert akhir GV4 bakal berlangsung di Studio Pinewood Iskandar Malaysia, Johor Bahru pada 17 Disember depan dan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI