Penyanyi dan pengacara, Elly Mazlein kini menyambut baik sikap bekas suami, Azmi Hatta bersama isterinya, Faye Kusairi.

Perkongsian berkenaan dikongsikan penyanyi Usah Ditambah Yang Tersimpan ini menerusi Instagram, pada Ahad.

Difahamkan, pasangan suami isteri itu ada melawat Elly dan anaknya, Putri Sara Sefhia yang kini mencecah usia 2 tahun.

IKLAN

“Alhamdulillah pertemuan yg indah 2 beranak, Sefhia & daddy. Tq daddy & mommy. Tiada yg indah selain kebahagiaan buat si kecil.”tulisnya.

Pada masa sama, Elly turut mengharapkan diri mampu berubah ke arah kebaikan demi kebahagiaan orang tersayang.

“Moga kite yg serba kekurangan ini mampu berubah ke arah kebaikan utk nyawa yg kita sayang. Selamat Hari raya,” luah Elly sambil disusuli dengan tanda palang #BersatuLebihIndah #IniYangKuMahuKan #PerbuatanTiadaMuslihat #AkuInginBahagia #ItuSahajaYangKuMahuKan dan #DemiAllah.

Terdahulu, Elly yang berpisah dengan pengarah berkenaan beberapa tahun lalu acap kali memuat naik status berunsur sindiran buat bekas suaminya itu, demi menuntut nafkah cahaya mata mereka.

IKLAN

IKLAN

Sehingga kini, posting yang dimuat naik bintang asal Perak itu sudah pun menerima lebih 49,000 tanda suka dengan lebih 1,000 komen daripada para pengikutnya di Instagram.

Foto: Instagram Elly Mazlein

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI