Pertama kali bekerja di bawah arahan pengarah terkenal, Syamsul Yusof, aktor berkaliber, Beto Kusyairy menyifatkan pengalaman itu sesuatu yang sangat berharga.

Malah, dia turut menyifatkan Syamsul merupakan seorang pengarah yang ‘gila’ kerana melakukan sendiri kebanyakan kerja melibatkan belakang tabir filem epik Mat Kilau yang akan ditayangkan pada 23 Jun ini.

“Seorang nakhoda ‘gila’ yang kali pertama aku berada di bawah pengarahannya.

Pertama Kali Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof, Beto Kusyairy Gelarnya ‘Nakhoda Gila’

Pertama Kali Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof, Beto Kusyairy Gelarnya ‘Nakhoda Gila’

“Gila kerana dia juga yang menulis, dia juga yang menjaga lakonan, dia kendali sendiri kamera dan dia yang bakal pecah kepala mengeditnya kemudian.

IKLAN

“Aku angkat tangan dengan kau (tabik) dengan kau Syamsul.  Tak semua orang punya kelebihan dan kemampuan ini… syabas!” tulis Beto di laman Instagram.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Syamsul Yusof (@syamsulyusoffilm)

 

Pertama Kali Berlakon Bawah Arahan Syamsul Yusof, Beto Kusyairy Gelarnya ‘Nakhoda Gila’Selain Syamsul, Beto turut menzahirkan penghargaan buat rakan lakon lain yang terlibat sama dalam filem berskala besar itu seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin dan Yayan Ruhian.

IKLAN

“Terima kasih seluruh warga kerja filem Mat Kilau.  Serta semestinnya rakan-rakan lakon yang sama-sama berkongsi babak dan bingkai.

“Yang baru berpeluang ketemu serta menjalin silaturahim dan yang telah biasa bekerjasama, teruskan bekerja untuk karya dan semoga senantiasa dirahmati dengan hasil yang baik,” tulisnya.

Beto, 41, memainkan watak sebagai rakan Mat Kilau bernama Wahid yang turut sama dalam misi menentang penjajahan British di Tanah Melayu.

IKLAN

Filem yang menelan belanja sebanyak RM8 juta itu diterbitkan Studio Kembara dan bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula Khamis ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Beto Kusyairy

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI