Seperti yang sudah diketahui ramai pelakon wanita, Mawar Rashid sudah pun mengikat tali pertunangan bersama adik kepada selebriti, Datuk Fazley Yaakob iaitu, Raf Yaakob pada bulan Julai yang lalu.

Baru-baru ini menerusi akaun Instagram milik Raf, dia ada berkongsi sedikit tentang sikap Mawar terhadapnya dan menjawab segala tomahan netizen yang mengatakan Raf hanya bersikap romantik terhadap Mawar cuma sekejap sahaja namun apabila sudah berkahwin sikap itu akan berubah.

“Been reading some comments saying “Skejap je dia treat Mawar macam tu, acah2 romantic je tu, da kawin nanti berubah”. Honestly, it’s not hard at all for me to treat my fiancée like ‘that’. Alhamdulillah, she has been so wonderful and sweet towards me. She is very honest, sincere, caring and most importantly…she makes me HAPPY. Even my family and close friends noticed the changes in me after I met her. Love you my lady @mawarashid ??? •,” tulisnya di Instagramnya.

Persiapan Kahwin #MawaRaf, Umum Tarikh Nikah Bila Bersedia

Ads

Raf juga sempat memberi nasihat kepada wanita-wanita supaya selalu berlembut dengan pasangan masing-masing dan tidak ketinggalan nasihatnya juga kepada kaum lelaki agar tidak mengambil kesempatan atas kebaikan yang sudah diberikan kepada mereka.

“Girls, apabila you berlembut dengan your partner, cakap tak kasar, hormat kat dia…Inshaa’Allah your partner akan 10x ganda lagi lembut melayan anda. Generally guys are like that, mereka sukakan kelembutan dari wanita. And guys apabila your partner dah lembut macam tu, jangan pulak kita ambik kesempatan dan naik kepala. Dalam al-Qur’an dah cakap, kita harus berbuat baik dan memuliakan kaum wanita. Well it takes two to tango. Harus ada effort from both sides innit?,” katanya.

Tunang kepada Mawar ini juga memberitahu bahawa persiapan majlis perkahwinannya berjalan dengan lancar dan apabila mereka telah bersedia nanti, akan mereka kongsikan tarikh perkahwinan mereka kepada semua.

Ads

Persiapan Kahwin #MawaRaf, Umum Tarikh Nikah Bila Bersedia

Ads

“Btw alhamdulillah our wedding preparation is going well. #MawaRaf will share the date when we are ready ok? Doakan semuanya berjalan dengan lancar hendaknya. Amin,” tulisnya lagi.

Buat netizen yang sering membuat spekulasi tersendiri, hentikanlah kata-kata yang boleh mendorong kepada fitnah. Sepatutnya kita sebagai orang luar mendoakan agar hubungan Raf dan Mawar sentiasa bahagia dan baik-baik sahaja menuju hari bahagia mereka bukan bercakap yang tidak baik untuk mereka.

Kami di MH Online mendoakan agar segala persiapan menuju hari bahagia pasangan ini dipermudahkan.

Sumber: Instagram Raf Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI