Kumpulan De Fam telah mencuri perhatian penonton apabila berjaya menggubah lagu Doa Buat Kekasih nyanyian Datuk Khadijah Ibrahim dan Ramli Sarip kepada versi lebih rancak dan rap di pentas program Immortal Songs, pada Ahad.
Bukan itu sahaja, nyanyian kumpulan De Fam yang dianggota Azira Shafinaz, Cik Manggis dan Sophia Liana mendapat pujian penonton meski tidak berjaya menduduki di tangga pertama di pentas program tersebut.
“Performance yang t’baik… Syg xde rezeki…but always support defam..,
“Sedapnya lagu tu.datuk Khatijah suka, sangat kreatif,” respon peminat.
Selain De Fam, episod kali ini turut disertai barisan penyanyi hebat seperti Aina Abdul, Ariff Bahran, Muna Shahirah, Irfan Haris, dan Daniesh Sufian.
Immortal Songs merupakan sebuah program yang membariskan enam orang penyanyi yang berentap serta menggubah semula susunan lagu penyanyi legenda tanah air.
Progarm yang dihoskan oleh Ain Edruce, Amy Mastura dan Fad Bocey disiarkan pada setiap hari Ahad, jam 9 malam di saluran TV3.
Video: YouTube TV3Malaysia
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Amacam Mekap Saya?” – DSV Tunjuk Hasil Solekan Sendiri, Not Bad!
Usahawan selebriti, Datuk Seri Vida atau lebih mesra disapa DSV ada berkongsi potongan video pendek menerusi Instagramnya, hari ini.
Menerusi video yang turut merakamkan anaknya perempuannya, penyanyi I Am Me itu ada bertanya kepada pengikut di laman sosial mengenai solekan ’glitter’ yang dikenakan.
Malah DSV turut menjelaskan, solekannya itu adalah hasil tatarias sendiri.
“AMACAMMM. MAKE UP SAYA. LOOK GLAM GLITTER. Saya make up sendiri jer.
”Lipstik cantik tak. Saya pakai mineral liipstik dengan Lipsmatte code Nude,” tulisnya pada entri video yang dimuat naik.
Lalu di ruangan komen, para peminat turut memberikan reaksi tersendiri dan ada di antara respon yang mendapat reaksinya.
Terdahulu, DSV sebelum ini ada menjelaskan dirinya lebih gemar bersolek sendiri atas beberapa kekangan.
Foto: Instagram Datuk Seri Vida
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sebelah Pagi Minum Air Kosong Dan Lemon Bersama Oat, Kemudian…,” – Usaha Dapat Figura Ideal, Ini Diet Cara Fazura
Bintang popular, Fazura tidak menafikan proses mendapatkan berat badan ideal bagi dirinya bukan satu perkara yang mudah lebih-lebih lagi selepas bersalinkan anak sulung lebih setahun lalu.
Menurut Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, berat badannya pernah mencecah sehingga 76 kilogram (kg) ketika mengandungkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-27 menerusi filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu bagaimanapun mengamalkan rutin sihat demi memiliki tubuh sihat.
“Saya berusaha (menguruskan badan). Antara lain mungkin sebab sibuk kadang terlupa makan. Ada ketikanya saya bersenam cuma tidaklah macam dulu. Sebelum ini dalam seminggu dapat tiga kali bersenam. Sekarang satu atau dua minggu dapat buat sekali sahaja.
“Sudah tentu saya amalkan produk dari TruDolly juga. Cuma bila ada peluang untuk ‘workout’ dalam sejam dua tu, saya akan betul-betul fokus. Selebihnya saya elakkan ambil menu berat selepas jam 6 petang,” katanya.
Isteri pelakon Fattah Amin itu berkongsi ketika ditemui di Baraqah Jumaat bersempena pelancaran koleksi telekung Fazura X Muhayya, di Sunway Damansara, baru-baru ini.
Jelasnya lagi, dia sebelum ini menerima banyak pandangan mengenai soal pemakanan demi anak yang dikandung.
“Pada sebelah pagi, saya minum air kosong dan lemon bersama oat, kemudian tengah hari saya akan ambil hidangan berat seperti nasi dan sebagainya. Makan malam jam 6 petang dan sekiranya lapar akan makan buah sajalah.
“Ketika hamil, saya mendengar nasihat orang luar yang minta saya makan apa sahaja demi mendapatkan bayi comel dan gebu. Minum pula Milo Ais Tabur boleh dikatakan setiap hari.
“Kata mereka makan saja, nanti lepas bersalin mesti cepat kurus. Ketika hamil, berat badan saya sekitar 76kg. Bila bersalin berat badan turun ke 65kg dan sekarang 54kg. Wanita bila bersalin perubahan berat badan itu akan berbeza-beza,” katanya lagi.
Terdahulu, Fazura teruja dan bersyukur atas kerjasama bersama Profesor Datuk Dr Che Muhaya Mohamad.
“Alhamdullillah, syukur kerana termakbulnya hasrat saya untuk berkolaborasi bersama insan yang dikasihi, Bonda Muhaya untuk koleksi telekung bersama jenama beliau, Muhayya Magical.
“Koleksi Fazura x Muhayya ini menampilkan dua koleksi, Rindu Ramadan dan Sayang Syawal yang terdiri dari pelbagai warna menarik sempena Ramadan dan musim perayaan yang bakal menjelang ,” katanya.
Koleksi Rindu Ramadan boleh dimiliki mulai 25 Mac sementara bagi yang berminat dengan Sayang Syawal, ia dijual mulai 8 April depan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Membesar Dengan Mentaliti Lelaki Tidak Menangis,” – Dari Kecil Pendam Perasaan Untuk Nampak Kuat, Aaron Aziz Tak Mahu Anak-Anak Lalui Situasi Sama
Pelakon, Datuk Aaron Aziz mengakui dirinya berasa agak kesal dengan sikapnya yang gemar memendam perasaan sejak usianya masih kecil semata-mata untuk tidak kelihatan lemah.
Jelas Aaron, dia telah pun membiasakan dirinya untuk sentiasa kelihatan kuat dan tidak menitiskan air mata dalam apa jua keadaan sekali pun.
“Assalamualaikum! I lost my Dad when I was young. I grew up with the mentality of MEN DONT CRY. Men must be strong. Men must not show any emotions.
“Thus, I’ve always had a copious amount of anger and not just loud anger, but quiet anger, as well. Why? Because MEN CANT CRY,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Ombak Rindu itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, Aaron menegaskan dia tidak mahu sikap negatif itu diteruskan oleh anak-anaknya kerana ia boleh memberikan banyak kesan buruk pada masa akan datang.
Katanya lagi, dia mahu persepsi tersebut diubah dan anak-anaknya bebas untuk meluahkan apa sahaja perasaan yang terpendam kepada dirinya.
“This all changed when I have my own children. I want them to cry to me when they have any problems or when things are tough. My son must be able to express his frustrations, anger and disappointments.
“If only i could give an advice to my 10year old self, if only I could turn back time when I was 10….. ‘Dear 10 year old Aaron Aziz, It is OK FOR BOYS TO CRY. It is Ok for Boys to feel defeated at times,’
“Love, The 45 year old Aaron Aziz. And this shall be my advice to parents who have 10 year old boys too,” jelasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa yang sama selain turut menasihati Aaron supaya tidak menyesali dengan kehidupan masa lampaunya.
“It’s okay Abang Aaron. The best teacher in this world is experience and the most valuable one to give to our kids. Hugs!
“You’re strong bang. That’s why you are here. The 45 Aaron Aziz right now.
“You speak my mind fluently. Allah bless all of us InsyaAllah.
“What a powerful advice. And that too, on your platform with influential reach. Thank you Aaron,” antara komen-komen netizen di ruangan komen.
Terdahulu, Aaron dan isterinya, Diyana Halik telah pun mendirikan rumah tangga pada Ogos 2003.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Danish Anaqi, Dwi Ariana dan Dahlia Arissa.
Sumber: Instagram Aaron Aziz
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI