Juri tetap program Big Stage 5 (BS5), penyanyi Aina Abdul menyifatkan penyingkiran Naufal Azrin pada minggu ketiga adalah sesuatu yang boleh dijangkakan berikutan persembahannya yang tidak memberikan impak terhadap penonton.
Menurut Aina, dia percaya rezeki Naufal akan lebih luas di luar sana selain menyifatkan tona suara penyanyi lagu Casablanca itu sesuatu yang ‘mahal’.
“Kalau ikut pendapat saya berdasarkan persembahan Naufal malam ini, saya memang setuju dia dalam bottom 3.
“Kami pihak juri tidak gunakan Immuniti X kerana cabaran yang kita bagi dia minggu lepas itu tidak disahut dengan memberikan impak dalam persembahannya.
“Tone suara Naufal sangat mahal, dia boleh buat semua orang rasa cair dengan persembahan dia tapi tadi itu saya rasa tidak cukup.
“Saya percaya rezeki Naufal lebih banyak di luar tapi untuk pertandingan, ia agak terhad untuk dia pada pendapat saya,” katanya kepada MH.
Ads
Sementara itu, seorang lagi juri tetap iaitu Ajai berkata sudah tiada lagi talian hayat yang perlu diberikan kepada Naufal kerana persembahannya kali ini kurang memuaskan hati juri tidak seperti dua minggu sebelum ini.
“Naufal tiada luck dan kami tak boleh selamatkan dia (dah).
“Nyanyian dia pada minggu pertama dan kedua cukup ‘clean’, tapi untuk minggu ketiga ini dia tiada luck,” katanya lagi.
Ads
Minggu lalu, Ajai dan Aina menggunakan Immuniti X untuk menyelamatkan Naufal sehingga menyebabkan Isaac Voo menjadi ‘mangsa’ pertama penyingkiran BS5.
Menerusi persembahan minggu ketiga, Naufal yang mendendangkan lagu Only nyanyian asal penyanyi Korea Selatan, Lee Hi, memperolehi markah keseluruhan sebanyak 62.33 peratus.
Selain Ajai dan Aina, BS5 minggu ketiga turut diadili juri jemputan iaitu penyanyi Ernie Zakri selain Presiden Netizen, pelakon Mierul Aiman.
BS5 dihoskan oleh Elly Mazlein dan Rina Nose, bersiaran langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shah Alam.
Ads
Dengan penyingkiran Naufal dan Isaac, kini tinggal 11 peserta bersaing untuk merebut gelaran juara BS5 iaitu Firdaus Rahmat, Putera Muhammad, Meer Nash, Aufa Hanie, Nadeera Zaini, Puteri Khareeza, kumpulan Coex, duo Dem Lepak Boyz serta tiga peserta luar negara iaitu Waode dari Indonesia, Farhan Shah (Singapura) dan duo Hoondoo (Korea Selatan).
Dalam pada itu, Naufal Azrin diumumkan sebagai peserta kedua yang tersingkir selepas berada di kedudukan tiga tercorot.
‘Big Stage’ telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya sebelum ini iaitu Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
BS5 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) selama 10 minggu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selamat melangsungkan pertunangan pada Sabtu lalu, ramai pihak mendoakan yang terbaik buat penyanyi Shila Amzah serta tunangnya, pempengaruh media sosial, Ubai.
Membuka ruang pertanyaan di Instagram Story, Shila ditanya ramai warganet mengenai hal peribadinya malah salah satu soalan yang menarik ialah nama panggilan anak tunggal Shila iaitu Seth kepada Ubai.
Menjawab pertanyaan itu, Shila membalas ringkas anaknya memanggil Ubai atau nama sebenar, Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 25, dengan panggilan Papa.
Selain itu, Shila juga berkongsi pandangannya berhubung persoalan mengenai kembali berteman selepas melalui hubungan yang pernah musnah sebelum ini.
Menurut Shila, perasaan takut itu pasti ada, namun dia cuba untuk memberikan peluang kepada dirinya untuk berasa gembira dan menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.
“Ia adalah normal untuk ada perasaan takut (kembali berteman). Saya juga macam tu dulu.
“Orang macam kita perlukan banyak jaminan (untuk perkara seperti ini).. yang paling penting sekali jangan sabotaj diri kita sendiri.
“Izinkan diri kamu untuk merasa gembira.
“Kita tidak akan pernah tahu apa yang bakal jadi di depan.Dengan berasa risau mengenai hal itu, ia tidak akan menjadikan sesuatu itu lebih baik.
“Hidup untuk bahagia hari ini sebab di akhirnya nanti, berdamailah dengan keadaan bahawa tiada apa di dunia ini untuk selamanya,” tulis Shila.
Selain itu, Shila turut berkongsi ‘tips’ buat mana-mana wanita yang bercinta dengan jejaka lebih muda daripada mereka tentang cara-cara untuk mengambil hati ibu bapa masing-masing agar hubungan direstui dan dipermudahkan.
“Macam mana Kak Sha (Shila) buat mak terima Ubai?Teman lelaki saya muda daripada saya tapi ibu tak suka,” tanya peminat Shila.
“Pujuk la slowly dan teman lelaki kamu pun kena pandai main peranan ‘mengorat’ ibu kamu.
“Saya rasa kena yakinkan ibu awak yang umur itu bukanlah satu masalah.
“Kalau awak seorang sahaja yang pujuk memang penat.
“Ramai je bekas-bekas teman lelaki yang kena reject dengan ibu saya sebelum ini.. sekarang je okay sebab yang penting kita dapat pilih kebahagiaan sendiri dan bertanggungjawab dengan keputusan kita sendiri,” balas Shila.
Terdahulu, Shila pernah mendirikan rumah tangga dengan Haris Edraki Alias pada April 2018 namun ikatan perkahwinan tidak berpanjangan apabila mereka disahkan bercerai pada Februari 2022.
Hasil perkahwinan, Shila dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Seth Uwais yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Emma Maembong dan suami, Shazli Azhar memilih nama Shakil Aryan Shah untuk anak keduanya yang dilahirkan pada petang Rabu.
Menerusi perkongsian di laman Instagram anak sulungnya, Shariq Gabriel, 2, pelakon kacukan Melayu-Inggeris itu memuat naik video memperlihatkan reaksi Gabriel saat pertama kali bertemu dengan adiknya.
“Meeting my new baby brother, Syakil Aryan Shah,” tulis Emma di ruangan kapsyen.
Penyanyi Baby Shima menjawab dakwaan terhadapnya yang dikatakan mempersendakan agama baru-baru susulan komennya terhadap penganjuran konsert di Malaysia baru-baru ini sebagai tuduhan berniat jahat dan berbaur fitnah.
Penyanyi lagu lagu Pura-Pura Bujang ini menjelaskan, dia hanya berkongsi pendapat peribadi mengenai hal tersebut, namun dipertikaikan sesetengah pihak.
“Saya sebut konsert secara umum. Konsert itu sebahagian daripada hiburan.
“KonsertColdplay telah pun diluluskan oleh kerajaan. Di Malaysia ini pelbagai agama dan bangsa yang ada. Kita masyarakat majmuk.
“Berapa banyak konsert telah dianjurkan sejak negara kita merdeka. Pilihan atas diri dan pendapat masing-masing,” katanya.
Shima turut menambah, pendapat yang dilontarkan menerusi media sosialnya itu hanyalah pandangan peribadi.
“Saya bukan orang yang mempunyai latar belakang agama apatah lagi nak menghalalkan apa yang haram.
“Saya beritahu apa pendapat saya sahaja. Mungkin disebabkan saya tiada tittle PU (Pencetus Ummah),saya tak boleh suarakan pendapat?
“Adakah cuma yang ada title PU je yang boleh bercakap? Mana yang bab menghina agamanya?
“Namun tuduhan bahawa saya menghina agama, keluarkan fatwa, malah fatwa yang songsang adalah tuduhan yang berniat jahat dan fitnah.
“Saya cuma menggunakan hak saya dalam memberikan pendapat peribadi secara umum. Sekiranya tidak mahu ke konsert, tidak perlu ke konsert.
“Tiada keperluan menyerang saya membuta tuli. Janganlah kita rasa mulia dan semua artis itu pendosa. Kita semua pendosa,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Shima juga terbuka sekiranya ada pihak yang tidak faham terhadap apa yang disampaikan, boleh hubunginya secara terus.
“Alangkah baiknya jika pihak pihak ini boleh menghubungi saya sekiranya mereka tidak faham apa yang saya cuba sampaikan.
“Saya juga sudi dan bersedia menerima teguranbukan serangan tanpa usul periksa. Saya juga akan rujuk kepada pihak peguam , sekiranya perlu untuk ambil tindakan susulan,” katanya.
Terdahulu persembahan kumpulan antarabangsa itu yang akan mengadakan konsert di Kuala Lumpur, November depan menerima reaksi pelbagai.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...