Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME2020) yang bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) menerusi Astro Ria dan Ria HD sudah pun telah melabuhkan tirainya.
Selain kejutan serta barisan para pemenang yang disebut-sebut peminat, rangkaian persembahan di AME tahun ini juga tidak kurang hebatnya.
Antara yang mencuri tumpuan ialah persembahan dua penyanyi vokal, Ernie Zakri dan Aina Abdul. Aina menyampaikan lagu Gundah sementara Ernie mendendangkan lagu Semalam sebelum keduanya berpadu suara menerusi lagu Inggeris, Bang Bang.
Gabungan bersama mereka di atas pentas nyata memukau ramai dan Aina sendiri ada meluahkan rasa gembira kerana diberi peluang sepentas dengan penyanyi Boneka itu.
Ads
“Alhamdulillah Thank you Ernie for sharing the stage with me! Alhamdulillah selesai kerja kita! I miss you dah ernieee! On to the next one InshaAllah.
“Thank you pihak Meletop dan Astro atas kesempatan ini! Yeayyy! Dah boleh balik rumah and cuci makeup pastu nak tidurrrr Terima kasih semua!,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen pada entri tersebut, rata-rata peminat memuji akan persembahan mantap mereka berdua di majlis anugerah tahunan hiburan itu.
Ads
AME2020 dihoskan oleh Jihan Muse, Nabil Ahmad dan Zizan Razak dan selain mereka, Misha Omar, Anuar Zain, Noraniza Idris dan k-Clique antara artis popular yang turut membuat persembahan.
Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nabila Huda ada memuat naik beberapa keping foto sedang meluangkan masa bersama suami dan anak yang turut disertai ahli keluarga mertua.
Nabila yang mengisi musim cuti dengan berliburan di sebuah destinasi pelancongan di Negeri Sembilan bagaimanapun menjelaskan, momen tersebut amat bermakna kerana ia menjadi percutian pertama bersama selepas 5 tahun berkahwin.
“Haa tu dia my mom in law, sis in law and brother in law. Kalau korang nak tau, this is our 1st vacay together after 5 years berkahwin.
“Kesian kan keluarga mertuaku dapat menantu Nabila Huda asyik busy, busy, busy…,” tulis bintang Munafik ini jujur.
Nabila telah mendirikan rumah tangga dengan Zaidy Zailani pada tahun 2008, namun berpisah dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Keisha Laila, 8.
Selepas itu, Nabila berkahwin bersama Mohd Izwan pada Disember 2015.
Foto : Instagram Nabila Huda
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kira-kira tiga tahun menyimpan rahsia penyakit misteri yang dihadapi anaknya, biduanita Uji Rashid, akhirnya membuat pendedahan ekslusif mengenai kisah malang yang menimpa pelakon, Cico Harahap, 41.
Menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian? yang bersiaran selama 1 jam di platform Facebook rasmi Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Datuk Dr Prof Muhaya jam 5 petang semalam (Khamis), bintang yang sinonim dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir.
Sebaliknya, Uji mendakwa Cico telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.
“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.
Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan dan hingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.
Sepanjang tiga tahun mengharapkan agar Cico segera sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Antaranya, Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga anaknya itu.
“Hidup kami memang susah, hanya SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.
Meksi dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, namun beliau percaya berkat menjaga arwah ibunya, ia banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.
Sementara itu, Datuk Dr Prof Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.
“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufimengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.
“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggilintrospeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.
“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerimaujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.
“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” katanya.
Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, redha, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.
“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.
Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin yang diterbitkan sejak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti seperti Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.
Bagaimanapun edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021.
Antara produk yang akan dilancarkan adalah telekung dan khimar, bagimempersiapkan wanita dalam keadaan sempurna saat menunaikan ibadah solat. Kesemua produk ini boleh didapati menerusi laman web, www.muhayyamagical.com.
Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sejurus tampil memberikan penjelasan mengenai beberapa isu tular yang melibatkan dirinya serta Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Haris, 25, sebagaimana yang diperkatakan sejak Sabtu, ruangan Instagram selebriti dan usahawan, Neelofa dihujani dengan ribuan komen warganet.
Malah, antara ribuan komen yang diterima, rakan selebriti turut sama tidak ketinggalan mememberikan kata semangat buat bekas hos MeleTOP itu.
Malah, ada di antara mereka yang mendoakan agar semuanya dipermudahkan.
Hasil tinjauan MH, antara rakan artis yang meninggalkan komen pada hantaran video terkini Neelofa yang merungkai pelbagai spekulasi yang bertebaran itu termasuk Tiz Zaqyah, Elizad, Shuib, Mawar Rashid dan ramai lagi.
Sementara itu menerusi satu kenyataan media yang dikeluarkan pada Ahad, Neelofa antara lain menafikan beberapa dakwaan berkaitan status serta beberapa hal lain sebagaimana didakwa.
Figura berusia 31 tahun itu pada masa sama turut berharap agar semua pihak dapat memahami seterusnya tidak lagi terus membuat andaian yang tidak tepat berikutan pelbagai cerita dan andaian yang telah keluar mengenai mereka yang boleh menjejaskan nama baik keluarga.
“Saya mohon kepada semua pihak untuk tidak terus menerima andaian berkenaan bulat-bulat dan mengambil masa sejenak untuk memahami ketidakwajaran tuduhan ini.
“Sementara itu, mengenai status hubungan terkini saya dengan Haris, apa yang mampu saya katakan, setiap hubungan itu ada cerita-cerita yang tersendiri dan tidak manis untuk saya mengeluarkan kenyataan membelakangi ahli keluarga saya.
“Apa yang mampu saya katakan, keluarga saya, dan keluarga Haris, kini dalam proses perbincangan untuk mencari titik penyelesaian. Bagi saya, adalah lebih baik jika perkara ini diuruskan oleh keluarga kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ahli perniagaan asal Kelantan itu juga turut memohon maaf kepada seluruh ahli keluarganya termasuk keluarga Haris atas apa yang berlaku.
Terdahulu, pelbagai spekulasi mengenai status hubungan Neelofa dan PU Riz mulai diperkatakan netizen menerusi media sosial dan menjadi ‘trending’ di Twitter berikutan beberapa tangkap layar yang dimuat naik ibu dan adik-beradiknyaitu di Instagram menjadi viral.
Malah, rata-rata netizen juga sama memuat naik kembali tangkap layar tersebut lalu membuat spekulasi mengenai status hubungan pasangan personaliti berkenaan.
Pelakon dan usahawan, Dazrin Kamarudin berpendapat status sebagai selebriti bukanlah tiket untuk mengabaikan undang-undang, lebih-lebih lagi apabila menganjurkan sesebuah acara.
Menurut Dazrin, 38, setiap urusan...