Menjadi hos bersama menerusi program hiburan, MeleTop di samping Nabil Ahmad, penampilan pelakon, Mimi Lana menimbulkan rasa kurang senang di kalangan segelintir penonton.
Ini kerana, persalinan senteng paras lutut yang dikenakan pelakon Cari Aku Syurga itu dikatakan tidak bersesuaian.
Menerusi posting tersebut, ada di kalangan pengguna media sosial yang memberikan pandangan serta nasihat buat Mimi agar mengenakan persalinan yang lebih sopan selepas ini.
Ads
Malah, ada di antara reaksi yang diberikan mereka mendapat maklum balas positif daripada Mimi.
Ads
Bagaimanapun, ada juga di antara peminat yang memuji keyakinannya di dalam menjadi pengacara dalam program yang bersiaran secara langsung.
Bahkan, ada di antara mereka yang menyifatkan pelakon filem Pusaka ini turut berbakat dalam bidang pengacaraan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Chacha Maembong menafikan usahawan yang hanya dikenali sebagai Datuk Z sebagai teman istimewanya ketika ini.
Sebaliknya, pemilik nama lengkap Siti Aisyah Ismail, 24, ini menjelaskan, lelaki berusia awal 30-an itu tidak lebih sekadar rakan niaga yang banyak memberikan dorongan serta tunjuk ajar mengenai dunia perniagaan.
Malah, Datuk Z juga banyak membimbing dalam menghasilkan produk pertama di bawah keluaran syarikatnya, CM Secret iaitu Perfect Look by Chacha Maembong.
“Sebagai orang yang masih baru di dalam bidang ini, saya juga perlukan sokongan dari orang yang betul selain adik-beradik.
“Dia seorang ahli perniagaan dan bila saya ada kongsikan minat untuk berbisnes, dia cuba bantu dan kami mulai berbincang serta cari idea.
“Sementara dalam proses untuk melancarkan produk pertama ini juga, dia banyak tolong dalam segi pengurusan memandangkan saya sibuk dengan jadual penggambaran,” katanya.
Teka-teki mengenai perkara itu timbul selepas usahawan terbabit dilihat turut menemani Cacha sepanjang majlis selain turut mengenakan persalinan dalam rona sedondon.
Mahu mengejar impian menjadi ahli perniagaan berjaya yang boleh membantu keluarga selepas ini, Cacha pada masa sama tidak menolak Datuk Z banyak membawa perubahan positif kepada dirinya.
“Dia seorang yang baik dan banyak bimbing saya dalam menguruskan perniagaan. Pada masa sama, dia juga tidak kedekut untuk kongsikan ilmu.
“Sebagai rakan niaga, saya juga masih lagi dalam proses mengenalinya.
“Saya mahukan kerjasama dalam tempoh yang panjang. Siapa tahu kalau hanya kenalinya dengan ala kadar saja, mungkin akan jadi hal macam-macam di kemudian hari.
“Jadi lebih baik untuk kenalinya secara profesional dan serius. Setakat ini, saya percaya dengan kredibiliti Datuk Z dan ada ahli keluarga yang mengenalinya juga,” jelas Cacha.
Ditanya mengenai kisah cintanya pula, pelakon filem Garang ini tidak mahu mengulas lanjut.
“Apa yang boleh saya kongsikan, saya tidak mahu fikir soal cinta atau segala apa yang pernah berlaku di dalam hidup sebelum ini.
“Saya mulai sedar, pada usia 24 tahun, sampai bila mahu begitu? Sampai bila saya mahu kecewakan peminat dan orang sekeliling? Jadi sudah tiba masanya untuk saya jadi lebih matang dan positif.
“Sekiranya selepas ini ada jodoh, saya mahu terus kahwin. Saya tak nak fikir bercinta, berkenalan lalu putus di tengah jalan.
“Keluarga saya ramai yang sudah kahwin dan ada kehidupan sendiri. Sebagai anak bongsu, saya sudah tidak boleh main-main lagi.
“Sudah tiba masa saya jadi individu yang ada hala tuju, masa depan dan fokus kerja,” katanya optimis.
Terdahulu, Cacha ditemui pada majlis pelancaran Elysyle CM Secret Perfect Look dan majlis menandatangani kerjasama di antara Eylsyle Elken Global & Chacha Maembong di Petaling Jaya, pada Rabu.
CM Secret Perfect Look merupakan satu produk kecantikan yang mampu menjadikan wajah lebih tegang menerusi kaedah ‘v-shaping’ bersama Cream Magic dan gabungan ‘papan activator’ yang diperbuat daripada tanduk kerbau.
Pasangan selebriti, Fauzi Nawawi dan isterinya Lisdawati baru sahaja berkongsi berita gembira baru-baru ini apabila menerima menantu selepas anak sulung kepada Fauzi hasil perkahwinan sebelum ini, Nurul Hainil Fatihah selamat mendirikan rumah tangga 8 Ogos lalu.
Terkini menerusi Instagram, Fauzi dan Lisdawati ada berkongsi foto majlis menyambut menantu.
Dirai meriah di sebelah pihak lelaki, pasangan raja sehari itu dilihat anggun mengenakan persalinan songket dalam rona sedondon.
Menerusi lampiran beberapa keping foto, Fauzi selaku bapa mertua menzahirkan rasa syukur dengan kehadiran menantu yang baik.
“Alhamdulillah sempena hari merdeka tahun ini bertambah seorang lagi Ahli keluarga Saya dan semakin Panjang tali silatulrahim kami dengan kemunculan SYAWAL.
“Saya tak perlu lagi tunggu raya Baru nak celebrates… syawal Menantu bapak…… (petikan dialogue dari filem Allahyarham Tan seri P Ramlee.
Untuk rekod, Nurul Hainil Fatihah merupakan anak sulung Fauzi menerusi perkahwinan terdahulu, selain Fareez Hazwan, Nurul Hana Farisya dan Mohd Fikri Hakimi.
Manakala hasil perkongsian hidup bersama Lisdawati pula, pelakon berkenaan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Nur Aina Farhana, Nur Aina Fazneesya, Ahmad Nur Fyrdaus dan Ahmad Nur Fayyadh.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Reda dengan ketentuan Illahi, pelakon Putri Najuwa mengesahkan dirinya mengalami keguguran selepas bertemu doktor bagi melakukan pemeriksaan perkembangan bayi yang dikandung.
Menerusi Instagram, bintang itu memaklumkan jantung bayi dalam kandungannya yang berusia lapan minggu terhenti dan sudah menunjukkan sebarang perkembangan sejak sejak dua minggu lalu.
“Sepatutnya ia menjadi satu sesi temu janji yang mengujakan untuk melihat degupan jantung si kecil pada usia lapan minggu.
“Tapi saya lihat dia kelihatan sama sahaja ketika ia berusia enam minggu.
“Doktor kata janin berhenti membesar dan saya mengalami keguguran.
“Ketika itu saya rasa seperti hati saya dirobek sesuatu. Malah saya tidak boleh luahkan dengan kata-kata apa sebenarnya yang saya rasa.
“Tetapi ini adalah ketentuan dari Allah, doakan yang baik-baik buat kami,” tulis Najuwa.
Guru Matematik yang mencuri perhatian di media sosial, Sir Race tampil dengan kejutan istimewa sempena Aidilfitri tahun ini apabila melancarkan lagu raya, Bah Selamat...