Sejak akhir-akhir ini, kerap kali kita mendengar pasangan suami isteri yang ditimpa ujian saat suaminya mengecap kejayaan.
Bercakap mengenai perkara tersebut, usahawan dan pempengaruh, Hafiz Mahamad menegaskan dia akan berusaha menjaga hatinya daripada anasir-anasir luar yang mampu menggugat kebahagiaan rumah tangganya.
“Sebenarnya, saya sudah banyak kali bercakap dengan Aina mengenai perkara ini. Di mana-mana pun, ujian lelaki adalah wanita. Namun, selagi saya bernafas, saya akan menjaga hati ini.
“Tapi jika saya diuji satu hari nanti, tolonglah tarik saya kembali. Kita tak tahu takdir Allah. Kita boleh usaha dan memilih tapi kita tak tahu sekuat mana kita boleh menempuh ujian itu.
“Percayalah, selagi saya berusaha, perkara ini tidak akan berlaku,” katanya kepada MH.
Hafiz berkata sedemikian ketika ditemui di majlis Anugerah Ainaa Super 7 Awards yang berlangsung di Zepp KL, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ads
Malah, Hafiz juga sentiasa mengingatkan isterinya supaya memeriksa telefon bimbitnya agar tidak timbul syak wasangka.
“Kadang kala, apa yang berlaku di media sosial, agak berat buat saya. Namun, saya memang akan setia sebab saya tiada kawan lain.
“Apa-apa pun, saya tetap dengan isteri. Rutin saya hanya pergi dah balik kerja. Malah, saya sendiri yang bagitahu Aina, jangan percaya sangat saya ni.
“Kena periksa juga sekali sekala. Kebanyakkan usahawan dan staf syarikat adalah perempuan. Walaupun saya tak buat, saya tetap nak dia periksa supaya kita ada rasa takut,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, kejayaan yang dikecapinya ketika ini adalah disebabkan rezeki isterinya.
“Perniagaan ini diatas nama Aina. Setiap kali saya berjumpa dengan orang, saya bagitahu yang saya hanya menumpang rezeki isteri.
“Kalau saya cari orang lain, saya nak pergi mana lagi? Nak makan apa? Setidaknya ada perasaan takut.
Ads
“Dia yang ada di sisi ketika saya tiada apa-apa. Yang kedua itu mungkin datang bila kita ada sesuatu,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Aina memaklumkan, meskipun ada kalanya dia merasa rendah diri, namun, dia tetap memberikan sepenuh kepercayaan buat Hafiz.
“Saya memang meletakkan kepercayaan kepada Hafiz tapi saya tetap juga berhati-hati. Kita perempuan, ada masa kita akan rasa tak percaya diri.
“Tapi saya percaya yang dia tidak akan melakukan perkara sebegitu. Namun, dalam hubungan ini, kita kena sama-sama usaha mengecap kebahagiaan,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Aina Abdul teruja melihat reaksi peminat yang dikatakan bakal membanjiri Axiata Arena, Kuala Lumpur untuk memberikan sokongan buat lagu Jangan Mati Rasa Itu di Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) pada 3 Mac ini.
Menurut Aina, aura yang ditunjukkan para peminat akan menjadi pemangkit semangat buat dirinya untuk memberikan persembahan terbaik.
“Alhamduillah, sudah tentu saya gembira. Saya kena pegang semangat itu dan tak boleh berasa selesa. Mereka datang dengan satu harapan dan saya juga begitu.
“Bila kita masuk pertandingan, sudah pasti kita nak menang. Saya harap dengan doa mereka semua, semangat saya ini akan berubah menjadi kejayaan,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, Aina turut merasakan AJL38 bakal menjanjikan persaingan sengit daripada setiap finalis.
“Saya dapat rasakan semua finalis tahun ini berhempas pulas untuk memberikan yang terbaik. Pada saya, itu petanda yang sangat bagus. Kita ada daya saing yang sihat dan ia bagus untuk industri.
“Ia sangat seronok bila melihat industri kita mempunyai pelbagai warna. Kita nampak penyanyi, penulis lirik dan komposer bergabung tenaga untuk meraikan AJL.
“Tak mudah untuk dapat peluang seperti ini. Saya percaya banyak lagi lagu di luar sana yang ada potensi tersendiri tapi tidak diberikan peluang.
“Kami di sini anak meraikan semua jenis muzik. Saya gembira apabila karya saya dipilih,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai saingan terdekat di AJL38, Aina memaklunkan dirinya amat mengagumi karya penyanyi Amir Jahari menerusi lagu Hasrat.
“Saingan di AJL38 ini sangat berbeza dari segi lagu, vokal dan persembahan. Semua finalis ada kekuatan sendiri.
“Antara kesemua lagu, yang dekat dengan diri saya adalah lagu Hasrat daripada Amir Jahari.
“Sebelum menjadi Aina Abdul yang sekarang, saya pernah ada watak-watak indie itu seperti bermain gitar sambil menyanyi.
“Bila melihat Amir di dalam elemennya sendiri, saya gembira untuk dia,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Aina Abdul
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Marsha Milan merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lapan tahun berkahwin.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, dia kini sedang membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal sebelum memutuskan untuk membuat keputusan besar tersebut.
“Sebelum ini, setiap tahun saya akan bagitahu nak buat IVF tapi mungkin saya belum bersedia sepenuhnya.
“Namun, saya sudah berbincang dengan suami dan kami mungkin akan cuba pada tahun ini. Kalau tak bersedia juga, kita tangguh lagi,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Kembali Terang ini juga memaklumkan dirinya kini giat mencari tahu dengan lebih mendalam tentang rawatan IVF ini.
“Saya sedang mempersiapkan diri untuk bersedia dan pada masa sama, saya sedang mendalami ilmu IVF. Ramai yang kata perjalanan IVF ini bukan senang.
“Saya juga ada bertanya kepada beberapa kawan yang ada pengalaman. Malah, salah seorang kawan saya ketika ini sedang menjalani rawatan IVF.
“Jadi, saya ada bertanya dan dia juga berkongsi pengalaman. Dia juga masih di fasa awal dan saya nak cari tahu tentang prosedurnya.
“Ada yang kata proses ini menyakitkan dan saya juga rasa sedikit seram. Jadi, saya perlu sedikit waktu untuk bersedia,” ujarnya lagi.
Katanya lagi, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani prosedur tersebut termasuklah perancangan kerjaya seninya.
“Memang betul. Sebab itu ada banyak aspek yang menyebabkan saya menangguhkan proses IVF. In Sha Allah, kalau tiada halangan, mungkin pada hujung tahun ini,” ulasnya lagi.
Sementara itu, Marsha juga bersyukur kerana dikurnia suami dan keluarga yang sangat memahami serta menyokong usahanya untuk mendapatkan zuriat.
“Suami saya juga sangat terbuka dalam soal IVF ini. Malah, dia pun tak tedesak untuk ada zuriat. Kadang kala, saya pula yang beriya ajak berbincang.
“Suami pula yang tenang. Katanya, ada rezeki, adalah nanti. Ibu mentua pun ada juga bertanya pada awal tahun lepas. Selepas itu, dia tak tanya lagi dah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tanpa album dan lagu baharu Brtiney Spears bejaya menduduki kedudukan nombor satu carta Billboard bagi jualan digital lagu kategori Dance/Electronic.
Kejayaan yang diraih itu adalah menerusi lagu Selfish yang dirakam untuk album ketujuhnya pada 2011 iaitu Femme Fatele.
Biarpun sudah 13 tahun berlalu nampaknya pengaruh penyanyi yang digelar Princess of Pop ini masih lagi berbisa dan lagu-lagu yang dihasilkan kekal dinikmati sehingga kini.
Namun sebenarnya ada kisah di sebalik kebangkitan lagu tersebut. Ia kembali memuncak apabila bekas kekasih Britney, Justin Timberlake mengeluarkan single terbaharu dengan tajuk yang sama.
Perkara itu mencetuskan sedikit ‘kontroversi’ apatah lagi setelah Britney mendedahkan yang dia pernah mengandungkan anak Justin sebelum menggugurkannya. Lagu tersebut menjadi popular sehingga berada dalam kedudukan top 5 di iTunes.
Menurut Luminate yang memantau kedudukan carta Billboard setiap minggu, terbaharu, lagu Selfish milik Britney terjual hampir 9,700 salinan digital dalam bingkai penjejakan yang lalu.
Britney Spears kini telah memiliki lima lagu nombor satu pada carta jualan lagu digital Dance/Electronic, dengan Selfish menjadi lagu terbaharu mengungguli carta.
Ia juga merupakan salah satu daripada 13 lagu dalam kedudukan 10 teratas yang pernah dicapai penghibur ikonik ini. Sepanjang kerjayanya, dia telah berjaya membawa 24 lagu ke dalam senarai carta.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
&;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.