Pernah Tolak Tawaran Berlakon Filem Dengan Datuk Awie, Sajat Akui Tak Kisah Pegang Apa Saja Watak

Pengasas kosmetik yang viral, Nur Sajat yang baru sahaja muncul menerusi program realiti menerusi portal Tonton, Nur Sajat Rated Extra mengakui sebelum ini dia ada menerima beberapa tawaran lakonan.

Bagaimanapun, penyanyi lagu Makhluk Penggoda itu terpaksa menolak dengan cara baik tawaran lakonan yang diberikan kerana mahu memberi fokus terhadap perniagaan.

Katanya kepada MH, sebelum ini dia ada menerima tawaran berlakon dengan Datuk Awie namun watak tersebut juga terpaksa ditolak kerana pada waktu itu, dia sedang sibuk membangunkan kedai emas, Nur Sajat Gold.

IKLAN

“Tawaran berlakon tu masih lagi ada. Misalnya beberapa bulan lalu dapat tawaran berlakon filem dengan Datuk Awie. Kiranya dalam filem tersebut peranan saya adalah sebagai orang kanan kepada Awie.

 

Difahamkan, penggambaran berjalan di Pulau Pinang. Jadi saya terpaksalah tolak memandangkan perlu beri fokus pada perniagaan,”katanya jujur.

Terdahulu, Sajat sebelum ini pernah membuat penampilan khas di dalam drama rantaian, My Coffee Prince dan pernah terlibat menerusi filem Ophilia beberapa tahun lalu. Turut beraksi di dalam filem berkenaan ialah Pekin Ibrahim dan Que Haidar.

Ditanya sama ada dia menyesal kerana menolak tawaran tersebut, Sajat memberitahu dia lebih mahu memberi tumpuan kepada perniagaan, meski watak yang diberikan cukup menarik perhatiannya.

“Saya tidak kisah untuk memegang apa-apa watak. Cumanya itulah…tak dapat berlakon di dalam filem tu sebab ia turut dibarisi dengan pelakon hebat lain selain ia aksi dan wataknya pun berkarektor. 

Foto: Instagram Nur Sajat

IKLAN