Setiap orang di dunia ini pasti mempunyai impian dan kita sanggup lakukan apa sahaja untuk merealisasikan impian kita.

Penyanyi dan komposer, Asfan Shah juga sama seperti orang lain punya impian dan impiannya adalah ingin menjadikan bidang muzik sebagai kerjayanya.

Asfan menerusi akan Instagramnya berkongsi pengalamannya bersusah payah dahulu untuk mendapatkan apa yang diperolehinya sekarang ini.

IKLAN

A post shared by Asfan Shah (@asfanshah) on

IKLAN

“Benda ni berpisah tiada dengan aku. 7 tahun dah hadap secara serious. Tak campur yang tak serious. Haha. Still standing. Aku dah lalui peredaran zaman lagu berbeza beza. Dari underground to mainstream. Dari tido kat lrt station sebab train habis sampai lah mampu tido kat katil yang sekarang dpt jaga tulang belakang aku. Dari naik bus pudu raya aku ulang pudu raya ye. Sampai dah blh bwk empat tayar berkepala bintang. Dari makan kongsi ngan kawan kawan aku ( ayam goreng peha aku patahkan dua ). Skang makan aku kongsi plk ngan family and kawan kawan. Dari hidup sorang skang hidup berlima. Ehhhh byk sgt DARI kalau nak story. Ko rasa aku hadap ke apa org nak kata? Sebab semua diatas dulu tu aku buat sebab aku suka muzik dan aku mmg target nak jadikan muzik ni as karier aku. Apapun ” Im Still Standing ” like nobody business. ??

 



“Ingat guys, jaga hubungan dgn Allah SWT. Allah jaga kita. Orang ckp sikit pun tak tinggal tanda. Masuk telinga kiri jangan keluar telinga kanan. Next time telan apa org ckp. Prove to them. U can do it. Ngam tak ngam..,” tulisnya.

MH setuju dengan Asfan dalam hidup ini perkara yang paling penting untuk dijaga adalah hubungan kita dengan ALLAH SWT dan jangan dihiraukan setiap kata-kata orang sekeliling yang mampu buat kita jatuh malah mengambilnya dan dijadikan sebagai pembakar semangat untuk berjaya.

IKLAN

Mungkin dengan perkongsian Asfan ini sedikit sebanyak dapat membakar semula semangat untuk kecapi impian korang dan apa yang penting jangan cepat berputus asa.

Sumber: Instagram Asfan Shah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI