“Pernah Terfikir Dan Bertanya, Macam Mana Nak Kerja Kat Sini As A Cleaner. Tapi…,” – Fara Fauzana

Share

Meluahkan penghargaan buat tenaga kerja yang sentiasa bertungkus lumus membersihkan sekitar Tanah Suci Mekah, pengacara Fara Fauzana akui, ada kalanya kita terlupa mengucapkan terima kasih kepada insan-insan ini.

Luahnya lagi, dia sendiri pernah terfikir untuk bertanyakan bagaimana cara untuk memohon pekerjaan sebagai tukang cuci namun atas faktor kekangan bahasa, dia terpaksa melupakan hasrat tersebut.

“Mencuci… Bila mereka ini mencuci adakala kita lupa ucap terima kasih, bila mereka ini mengemas adakala kita malas bangun, bila tiba giliran kita mencuci hati yg pasti DIA ada disisi.

“nota : FF pernah terfikir and bertanya mcmana nak kerja kat sini as a cleaner tp sbb kekangan bahasa, terus saya jalan dan sambung ambik gambar. Siapa tahu?!

“notalagi : FF dah balik Msia yea. baru nak upload, it normal heheh,” kongsinya di laman Instagram.

Terdahulu, Fara atau mesra disapa Fafau baru sahaja pulang daripada menunaikan umrah dan meraikan ulangtahun ke-40 di sana.

Foto : Instagram Fara Fauzana

IKLAN