Positif dan rela andai pesaingnya, Naqiu menjadi juara di pentas akhir Gegar Vaganza 6 (GV6), Hady Mirza akui pernah rasai pengalaman indah saat ditabal sebagai juara Singapore Idol 2006 dan Asian Idol 2007 sebelum ini.
Atas sebab itulah, dirinya turut mahu bintang berusia 33 tahun itu merasai momen sukses yang sama.
“Sejujurnya saya mahukan Naqiu menjadi juara. Jika Naqiu menang, saya sangat gembira.
“Saya pernah merasai perasaan menjadi juara dahulu dan saya mahukan orang lain dapat merasainya. Kemenangan tidak menjamin kerjaya di masa hadapan.
“Saya sendiri lalui perkara yang sama. Apapun, saya bersyukur kami berdua dapat merasainya,” jelasnya jujur kepada MH.
Sewaktu namanya diumum bersama Naqiu memegang takhta juara GV6, pemilik nama Mohammad Mirzahady Amir pada mulanya tidak menafikan, dia bingung bagaimana seharusnya kedua-dua tampil ke depan menerima pengiktirafan tersebut.
“Kami berdua tidak tahu apa yang harus dilakukan kerana sewaktu latihan, hanya diberi taklimat cara mengambil hadiah bagi tempat yang sepatutnya. Jadi apabila ada dua juara, bagaimana?
“Sewaktu kedua-dua gambar kami keluar di skrin, saya mengharapkan salah satu gambar akan terpadam namun tiada.
“Apabila Naqiu khabarkan kami berdua juara, baru saya sedar,” tambahnya lagi.
Pernah khilaf suatu ketika dulu apabila mengambil keputusan untuk tidak terus menyanyi selepas memenangi deretan anugerah, kata penyanyi dari Kota Singa ini, anugerah tidak pernah sesekali menjamin kerjaya di masa depan.
“Alhamdulillah rezeki. Syukur industri hiburan Malaysia menerima baik kehadiran saya dan berikan peluang kedua.
“Selepas bergelar juara, kena teruskan dan jangan sesekali berhenti. Macam saya, dulu saya berhenti menyanyi kerana malas. Lagipun waktu itu saya masih muda,” katanya yang mendapat jumlah markah sama dengan Naqiu, 87 peratus di malam final GV6.
Hady membawa pulang RM100,000, trofi, pakej percutian ke Eropah Timur dan Asia Barat, pakej ubahsuai ruang tamu dan ruang makan serta penginapan hotel.
Bintang senior, Jatt Ali menduduki tempat ketiga, Nurfatima di kedudukan keempat, diikuti One Nation Emcees (kelima) dan Sham Visa (keenam).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Sharnaaz Ahmad tidak terkesan dengan sindiran segelintir netizen yang melabelnya sebagai samseng, susulan kes mahkamah melibatkan pertuduhan mendatangkan kecederaan terhadap seorang lelaki di sebuah kondominium pada Jun tahun lalu.
Menurut Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, orang luar bebas untuk mengatakan apa sahaja tetapi dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya selama ini.
Baik uncle. Terima kasih atas nasihat.. sy bukan samseng.. sy pun dah lunyai dgn salah anggapan.. sy ok je mana mana pun.. mafia pun ok, popia pun ok.. Yg penting, bila di pijak, bangun Pijak balik.. Itu ayah sy ajar.. Kita fighter untuk diri kita sendiri.. Itu cara sy ya uncle. https://t.co/9yMI1kOdKc
“Baik uncle. Terima kasih atas nasihat. Saya bukan samseng. Saya pun dah lunyai dengan salah anggapan,” tulisnya.
Katanya lagi, dia juga sudah dididik untuk sentiasa bangkit mempertahankan diri sendiri jika berdepan sebarang masalah.
“Saya okay je mana mana pun. Mafia pun okay, popia pun okau. Yang penting, bila dipijak, bangun pijak balik. Itu ayah saya ajar. Kita fighter untuk diri kita sendiri. Itu cara saya ya uncle,” ujarnya lagi.
Sharnaaz berkata demikian dalam satu hantaran di Twitter selepas seorang pengguna platform tersebut memuat naik terguran terhadapnya.
“Sebagai artis, sepatutnya dia berkelakuan baik agar menjadi contoh dan ikutan sekurang-kurangnya, peminatnya.
“Sharnaaz, awak belum bertemu ruas
lagi. Takut nanti awak yang lunyai. Nak samseng pun carilah dengan yang setanding,” tulis pengguna tersebut.
Terdahulu memetik laporan Utusan, Sharnaaz mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jenayah, Kuala Lumpur atas pertuduhan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki pada Jun lalu.
Pengakuan itu dibuat di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim selepas pertuduhan terhadapnya dibaca jurubahasa mahkamah.
Sharnaaz dibebaskan dengan ikat jamin RM2,000 oleh seorang penjamin sebelum kes tersebut disebut semula pada 6 Mac depan bagi serahan dokumen.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Twitter Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon versatil, Datin Seri Umie Aida awal pagi ini ada berkongsi sesi tahnik yang dilakukan oleh Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin buat permata hatinya, Nur Aisya.
Perkongsian foto dan video yang dimuat naik bintang Dukun menerusi Instagram itu menarik perhatian peminat.
“Alhamdulilah.. rezeki Nur Aisya dapat bertahnik dengan Tuan Guru Sheikh Muhammad Nuruddin.
“Semoga dapat barakah para Ulama dan menjadi anak yang solehan & taat pada perintah Allah. Dan sentiasa didlm rahmat Allah dan diberkatiNYA. Aamiin #bertahnik #sunat,” tulisnya.
Menerusi ruangan komen, para peminat turut menzahirkan rasa syukur dan berdoa agar bayi comel itu membesar menjadi insan solehah.
Sambil melalukan sesi tahnik, Umie turut berkongsi beberapa foto serta video liburannya di Insta Stories di sebuah lokasi percutian yang turut disertai anggota keluarga serta rakan terdekat.
Foto: Instagram Datin Seri Umie Aida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak pernah lokek berkongsi kisah personal di ruang Instagram, Betty Rahmat mengakui dia sebenarnya sudah lali dengan setiap kecaman dan kritikan netizen yang tidak pernah berpuas hati dengan segala apa yang dilakukan.
Namun tegasnya, itulah risiko yang harus dihadapi apabila bergelar selebriti. Setiap apa yang dilakukan pasti menjadi perhatian.
“Saya tidak kisah kerana jika kita memilih untuk berkongsi dengan umum, jadi bersedialah dengan setiap pendapat yang dikeluarkan.
“Kalau tidak mahu pandangan netizen, jangan kongsi apa-apa,” katanya kepada MH.
Punya latar keluarga hebat dalam dunia seni, namun Betty menegaskan tidak mahu mencatur perjalanan seni buat permata hati, Ardy Wira Ardy Shafiq.
Walaupun akur populariti Wira kini melangkau namanya sendiri, namun jelas Betty, biarlah Wira hanya menjadi tatapan peribadi dia dan suami.
“Secara jujurnya tidak pernah ada niat untuk membuat dia popular. Saya hanya cuba berkongsi kegembiraan dan mahu semua gembira bila melihat dia.
“Buat masa ini, saya tiada perancangan untuk membawa dia masuk ke dunia hiburan. Lagipun saya dan suami telah berbincang dan sependapat bahawa biarlah dia pilih sendiri jalan hidup,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.
Kini berusia lima bulan dan seberat 10 kilogram, ulas Betty, pada awal kelahiran, dia terpaksa bergelut dengan hakikat bahawa sukar untuk menyusukan anak sendiri.
“Memang sangat mencabar sebab saya tidak tahu cara yang betul untuk menyusukan anak waktu mula-mula lahir dahulu.
“Malah saya sendiri sejujurnya tiada idea bagaimana mahu mendapatkan susu yang banyak.
“Kadang kala keliru sama ada susu saya cukup atau tidak, adakah terlalu cair, tapi setelah diselidik, rupanya memang bayi lelaki kuat menyusu. Syukur, sekarang dia sudah mula minum 5 aun setiap kali menyusu. Wira sudah tumbuh lima batang gigi,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Datin Atikah Suhaime, 33, meminta ramai mendoakan yang baik-baik buatnya dan suami sebagai mengulas dakwaan dirinya kini hamil seperti diperkatakan netizen di media...