Penyanyi, Irene Catalina mengakui tidak pernah serik untuk meneruskan karier nyanyiannya meski pernah menjadi mangsa penipuan individu tidak bertanggungjawab yang kononnya mahu membantunya dalam dunia seni sebelum ini.

Luah penyanyi berusia 38 tahun ini, dia pernah membayar sebanyak RM20,000 kepada pihak yang berjanji mahu membantu promosi berkaitan kerjaya seninya. Bagaimanapun, harapannya untuk terus mencari tapak kukuh dalam seni tinggal sia-sia saja kerana individu tersebut tidak menjalankan tugas seperti mana sepatutnya.

Pernah Ditipu Hingga RM20k, Irene Catalina Tak Pernah Serik Jadi Penyanyi

IKLAN

“Kalau nak dikongsi mengenai isu kena tipu ni, rasanya dah macam-macam cara saya kena. Paling beri kesan ialah pada tahun lepas, saya ditipu seseorang yang berjanji membantu menguruskan hal berkaitan publisiti dan promosi lagu saya. Mungkin tidak ada rezeki, orang yang sedia dikenali dalam industry itu menghilangkan diri dan gagal dihubungi.

 

“Walaupun pernah ditipu, saya tidak serik untuk meneruskan karier nyanyian kerana ini adalah minat dan jiwa saya. Tambahan pula inilah masa sesuai untuk saya kembali meneruskan kerjaya selepas sibuk dengan komitmen keluarga dan perniagaan,” katanya ketika ditemui MH di Mini Showcase Irene Catalina dan Pelancaran single Ajari Aku di Comedy Planet, Great Eastern Mall, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pernah Ditipu Hingga RM20k, Irene Catalina Tak Pernah Serik Jadi Penyanyi

Terdahulu, bekas ahli kumpulan Angles yang dikenali sekitar tahun 2005 ini telah mempersembahkan lapan buah lagu istimewa yang rata-ratanya merupakan lagu kegemaran penyanyi berkenaan.

IKLAN

Berkongsi mengenai single Ajari Aku ciptaan DJ Fuzz itu pula, lagu tersebut merupakan single terbarunya selepas hampir sedekad meninggalkan seketika dunia seni.

IKLAN

Pernah Ditipu Hingga RM20k, Irene Catalina Tak Pernah Serik Jadi Penyanyi

“Kalau nak diikutkan, lagu-lagu rancak mendapat tempat yang cukup baik di kalangan pencinta muzik. Jadi rasanya inilah masa paling sesuai untuk push single Ajari Aku, tambahan pula lagu tersebut turut menjadi runut bunyi menerusi drama Encik Suami Salih Celup tidak lama dulu,” jelas Irene yang kini sudah pun merancang untuk merakamkan single kedua tidak lama lagi.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI