Pernah Bergandingan Dalam Gol & Gincu 15 Tahun Lalu, Fazura Imbas Babak Bersama Arwah Ashraf Sinclair, Gamit Memori!

Share

Pernah bergandingan menerusi filem Gol & Gincu (2005), pelakon Nur Fazura mengabadikan babak bersama Allahyarham Ashraf Daniel bin Mohammed Sinclair di Instagramnya.

Menerusi babak yng dilakonkan,Fazura mendukung watak sebagai Puteri, manakala Ashraf sebagai Eddy, masing-masing mempunyai perasaan cinta yang sama.

Bagaimanapun, timbul konflik di antara mereka.

In the loving memory with Ashraf Sinclair. Gol & Gincu @sazzyfalak,” tulisnya.

Video yang dikongsikannya itu telah mendapat hampir 500,00 tontonan dan ratusan komen mengenai filem arahan Bernard Chauly.


Selain mereka, filem itu turut dibintangi Sazzy Falak, Pierre Andre, Sharifah Amani, Rafidah dan ramai lagi.

Terdahulu, Ahraf, 40, meninggal dunia pada Selasa pagi akibat serangan jantung.

Arwah meninggalkan seorang balu,Bunga Citra Lestari dan seorang anak,Noah Sinclair.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Video : Instagram Fazura

IKLAN