Janna Nick menyifatkan tindakan seorang selebriti laman sosial atau ‘insta-famous’ memperlekehkan jenama telefon pintar keluaran Asia seperti yang mencetuskan sensasi di media sosial baru-baru ini, sebagai satu tindakan tidak matang.

Kongsi Janna yang juga duta kepada sebuah jenama telefon keluaran China menambah, perbandingan sedemikian tidak sepatutnya menjadi suatu isu besar memandangkan setiap individu mempunyai cita rasa tersendiri dalam memilih telefon pintar peribadi.

“Pada saya, yang suka persenda atau perlekehkan itu, hanyalah budak-budak sekolah saja sebab saya dulu masa sekolah macam tu. Tapi apabila kita sudah dewasa dan kian matang, barulah kita tahu ia (jenama sesebuah telefon) bukanlah yang paling dipentingkan pun. Sebab bagi saya, setiap individu ada pilihan masing-masing.

 

“Ada yang suka kamera cantik, ada yang suka peranti yang canggih dan sebagainya. Itu hak masing-masing untukj pilih. Tak bermakna kita kena kawan beradasarkan jenama telefon yang dipakai.

 

“Setiap orang ada cita rasa dan pilihan tersendiri. Misalnya, saya sendiri lebih gemar memilih ciri-ciri yang ada pada sesebuah telefon pintar yang skrin besar bagi memudahkan kita untuk membuat kerja, tahap kelajuan peranti dan juga telefon yang lebih ringan, berbanding hanya melihat pada jenama semata,” katanya kepada MH.

Hos program Melodi itu berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan jenama telefon pintar Vivo 9 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC.

IKLAN

Perlekeh Atau Persenda Jenama Telefon Pintar? Nah… Ini Pandangan Win Janna Nick!

IKLAN

Terdahulu, seorang ‘insta-famous’ menjadi mangsa kecaman netizen apabila tular sebuah video yang dimuat naik menunjukkan dirinya seolah-olah memperlekehkan sebuah jenama.

IKLAN

Difahamkan, selebriti berkenaan diminta untuk  memilih antara dua produk telefon pintar popular di pasaran.

Bagaimanapun, isu berkenaan tidak perlu diperbesarkan kerana pandangan yang dikeluarkan itu lebih bersifat peribadi sahaja.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI