“Perjalanan Saya Ke Mekah Dan Madinah Kali Ini Bersama…,” – Coretan ‘Budak Bertuah’ Fara Fauzana Di Tanah Suci

Share

Memperlihatkan jemaah kanak-kanak yang turut sama mengerjakan umrah, Fara Fauzana memberitahu beribadat bersama kanak-kanak bukanlah sesuatu yang mudah.

Namun, rezeki menjadi tetamu Allah adalah sesuatu yang selayaknya digelar tuah.

Kenyataan tersebut dibuat pengacara tersebut menerusi salah satu entri di Instagram.

B D K B T U A H

“Bertuah punye budak!” Selalu dengar kata2 ni masa kecik dulu tak kira la dari nenek ke atau dari ibu bapa kita setiap kali kita cuba “sakitkan” hati mereka.

“Perjalanan saya ke Madinah & Mekah kali ini bersama kanak2 dan saya lihat bukan mudah utk handle mereka dlm kita mahu menyerahkan diri kita kpda NYA.

“SALUTE to all parents yg sudi membawa mereka ke tanah suci .. “bertuah punye budak!” kata saya.

“Tapi jgn kita lupa dlm pada ada yg bertuah ada juga yg dari usia kecik lagi sudah kenal erti “survivor” dan mereka juga bertuah .. nanti! InsyaAllah.”

Turut memohon agar peminat sama-sama berkongsi pengalaman mereka membawa anak kecil sewaktu mengerjakan umrah.

“Share me your experience andai ada bawak kanak2 time umrah. Or sapa dpt pergi umrah atau Haji time kecik2 dulu .. ishhh “bertuah punye budak!” Kata saya pada anda,

” tulisnya.

Pelbagai peristiwa dikongsikan dan rata-rata bersyukur diberi peluang dan dijemput menjadi tetamu Allah.

Foto – Instagram Fara Fauzana

IKLAN