Aktor Sharnaaz Ahmad, mengakui kerap berlaku situasi perbezaan pendapat di antaranya bersama dua pengarah filem Blood Brothers: Bara Naga, iaitu Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra sepanjang sesi penggambaran berjalan.
Menurut Sharnaaz, perbezaan perspektif antara pelakon dan pengarah menjadi punca utama, namun semuanya demi mencapai hasil kerja yang terbaik.
“Saya bergaduh dengan pengarah, hampir setiap hari. Saya akan persoalkan semuanya. Mereka pengarah yang pentingkan kesempurnaan.
“Saya juga mahukan kesempurnaan daripada pemahaman saya. Bila awak bagi saya watak, biar saya bina watak tersebut. Pengarah boleh menulis watak tapi saya yang menghidupkannya,” katanya kepada MH.
Tambah Sharnaaz, jika pengarah mampu menjawab setiap persoalan yang dibangkitkan, dia tidak teragak-agak untuk memberikan komitmen penuh terhadap permintaan mereka.
Ads
Malah katanya lagi, komunikasi yang terbuka menjadi kunci kepada kerjasama yang baik sepanjang produksi filem tersebut.
Pengorbanan Fizikal & Emosi
Berkongsi cabaran besar yang dihadapi sepanjang menjalani penggambaran filem aksi tersebut, bapa kepada seorang anak ini menjelaskan hampir semua babak aksi dilakukan sendiri tanpa bantuan pelakon lagak ngeri, yang menuntut ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.
“Bila melibatkan babak berlawan, memang sangat perit. Kita kena buat berulang kali.
“Apa yang anda lihat di layar perak, walaupun babak tersebut hanya 30 saat, dia punya perit, hanya kita sahaja tahu,” ujarnya.
Ads
Malah, selepas menyelesaikan babak pertarungan terakhir, Sharnaaz mendedahkan dia dan Shukri Yahaya mengalami keletihan melampau sehingga hilang fokus seketika.
““Tangan saya dan Shukri menggeletar. Kita pun lost. Nak bercakap pun lambat respon. Kita berkomunikasi secara pandangan sahaja,” kongsinya.
Erat Seperti Keluarga
Mengulas tentang keserasian bersama dua pelakon utama lain, iaitu Syafiq Kyle dan Shukri Yahaya, Sharnaaz menyifatkan hubungan mereka sudah seperti adik-beradik di dalam dan luar set.
Ads
Ia sekali gus memudahkan proses lakonan dan mewujudkan chemistry yang tulen dalam setiap babak yang dilakonkan bersama.
“Mereka berdua ini adalah adik saya walaupun di luar. Saya tak perlu mencari keserasian bersama mereka.
“Walau apapun yang terjadi, saya akan tetap berada di belakang Syafiq dan Shukri. Ini bukan fasal filem sahaja tapi di dunia nyata,” katanya.
Filem Blood Brothers: Bara Naga kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 10 April lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Tak baik, mengapa mesti nak melontarkan kata-kata negatif kepada orang lain? Sebelum kita nak kata orang ‘bisa’, muka kita pun ‘bisa’.”
Demikian kata selebriti versatil, Elly Mazlein apabila ada di antara warganet yang memberi komen sedemikian rupa kepada peserta Big Stage Alpha yang bakal memulakan saingan bermula 27 April depan.
Menurut Elly atau mesra disapa sebagai Kak Lina, dia mengharapkan agar semua memberikan sokongan dan semangat kepada semua peserta program realiti berkenaan.
“Yang masuk bertanding ini pun seorang manusia dan mempunyai impian. Tinggal lagi mereka mungkin bernasib baik untuk tonjolkan bakat kerana bakal bertanding di pentas yang besar.
“Jadi kepada peminat, kita kekal positif. Mereka pun bakal bertanding, risau kalau terbaca komen-komen yang sedemikian.
“Mungkin ada di antara netizen yang nak bergurau, tapi macam salah tempa dik. Tak okay dan tak ‘cool’. Kita ni sudah berada di tahun 2025,” katanya lagi.
Elly pada masa sama juga tidak sabar mahu menghiburkan penonton bersama rakan hos, Rina Nose di setiap hujung minggu.
Seramai 18 peserta di Big Stage Alpha bakal merebut tempat untuk menjadi ‘boy band’ pertama naungan Astro.
Big Stage Alpha disertai oleh Syafeeq Ikhwan, Afiq Sky, Alif Azri, Allan Andersn, Ariel Fesol, Ashmirul dan Araff.
Turut bertanding Que, Qarl G, Daniel Sher, Ray-D, Apich Lo, Ridhwan Azman, Awienit, Suff Ahmed, Syafeek Ikhwan, Izat Ibrahim, Rizal Rasid dan Shaqeen.
Berlangsung selama lapan minggu, Big Stage Alpha akan bersiaran di Astro Ria (saluran 104) secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam, setiap Ahad jam 9 malam.
Ikuti temu bual penuh bersamanya;
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11 pagi, hari ini.
Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan Pendaftar Nikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Dr Adam Drahman dengan berwakil walikan bapa Erissa, Hashim Daud.
“Perasaan saya sangat lega. Tapi dalam masa sama perasaan juga amat berat nak tinggalkan keluarga kerana saya sangat rapat dengan mereka sebagai anak bongsu.
“Jadi, tiba-tiba lepas saja sah macam-macam perasaan datang. Dapat keluarga baru tapi dalam masa yang sama bukan tinggalkan keluarga cuma berjauhan.
“Dia macam sebak tapi lega. Sangat berdebar duduk atas pelamin tadi sebab kita tak tahu apa akan berlaku. Alhamdulillah, semuanya dah selamat,” katanya, lapor Harian Metro.
Erissa Puteri yang juga bintang Ceria Popstar turut mengharapkan agar semua mendoakan kesejahteraan rumah tangganya bersama suami.
Majlis pernikahan pasangan ini dihadiri 200 tetamu terdiri daripada keluarga terdekat serta teman rapat kedua-dua belah pihak di sebuah hotel terkemuka, di sini.
Dalam majlis ini, Erissa Puteri menerima 11 dulang hantaran serta mas kahwin 70 gram emas, manakala pihaknya membalas dengan sembilan dulang hantaran.
Sebagai lambang kasih sayang, keluarga pengantin lelaki menghadiahkan rantai emas dan berlian kepada Erissa Puteri.
Terdahulu, pasangan ini bertunang pada 5 Januari lalu selepas setahun berkenalan dan resepsi akan berlangsung pada 25 April ini di hotel sama.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Terima kasih kepada yang memberi kata-kata semangat buat saya dan keluarga. Semoga pramugari yang tersalah tutur kata itu, belajar atas kesilapannya.
“Seperti yang saya cakap sebelum ini, kisah ini dapat dijadikan pengajaran buat pramugari lain juga,” tulisnya dalam satu hantaran di Instagram.
Walaupun insiden itu mengguris hati, Fasha bagaimanapun memaklumkan dia dan keluarganya telah memaafkan pramugari tersebut.
Namun, peristiwa itu tetap menjadi satu kenangan yang sukar dipadamkan.
“Walau bagaimanapun, saya dan keluarga telah memaafkan wanita tersebut tapi mungkin kami tidak akan melupakan.
“Ni kenangan kami apabila sampai di Alor Setar dan dah nak waktu berbuka.
“Kami makan kejap sementara menunggu grab sampai. Biarlah ada yang menghina dan biar ada yang mencerca.
“Kami akan tetap hidup cara kami. Cara yang sederhana. Sederhana itu indah,” jelasnya lagi.
Terdahulu, insiden itu tular selepas Fasha mendedahkan rasa kecewanya terhadap sikap seorang pramugari syarikat penerbangan yang mempersoalkan pertanyaan yang dirasakannya tidak wajar.
Menurut Fasha, walaupun bergelar selebriti, dia memilih untuk menaiki kelas ekonomi atas dasar berjimat selain mengamalkan gaya hidup sederhana.
Fasha turut menegaskan bahawa duduk di kelas ekonomi bukanlah sesuatu yang memalukan, malah ia pilihan peribadi yang wajar dihormati oleh semua pihak, termasuk kru penerbangan.
Lalu, perkongsian pelakon Malang Si Puteri ini mengundang reaksi pelbagai pihak dan ada yang turut menyuarakan sokongan terhadap Fasha dan memuji pendiriannya yang memilih untuk kekal hidup secara sederhana meskipun bergelar selebriti terkenal.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...