Sekilas pandang anda mungkin terfikir dia dalah seorang pelajar.Namun jangan terkejut kerana wanita ini, Lure Hsu baru menyambut hari jadi yang ke-42
Lure, dari Taiwan kini menjadi sensasi di internet disebabkan wajah yang dimilikinya awet muda dan dia berjaya menarik perhatian ramai.
Akaun instagramnya sudah mempunyai 241,000 pengikut manakala akaun Facebooknya pula melebihi 341,000 `like’ yang
mempunyai 238,000 pengikut.
Dalam temu bual dengan Friday Magazine , wanita sensasi di
media sosial, Lure Hsu mempamerkan rutin kecantikannya
seperti krim pelembap dan pelindung matahari untuk
penampilannya yang muda.
Bukan hanya kulit Lure sahaja yang seperti gadis remaja
malahan bentuk badanya. Dia juga yakin berbikini dengan bentuk
badannya yang cantik.Baginya bukan setakat menjaga rutin
kecantikan,malah menjaga pemakanan seharian.
Menurut Lure, rahsianya ialah dengan minum air putih dengan banyak dan memakan sayuran. Lure juga tidak minum minuman manis dan satu-satunya minuman berwarna yang diminumnya adalah kopi pada waktu pagi.
Lure menambah, untuk kesihatannya dia mendedahkan hanya
makan oat dengan kopi hitam untuk sarapan pagi setiap hari dan
sering berkongsi gambar-gambar dia memakan ‘cheat meals’
seperti ais krim dan kek.
Tidak ketinggalan juga pengambilan vitamin C serta kolagen.
“Berpeluh ketika bersenam adalah kunci utama”, kata Lure yang berusaha untuk bersenam sambil berseronok dengan berjalan kaki dan menunggang basikal bersama adiknya
Lure yang juga seorang pereka fesyen menarik perhatian ramai adalah disebabkan adiknya, Sharon Hsu.
Sharon, 35, adalah seorang pelakon di Taiwan. Dia telah menjemput kakaknya ke rancangan hiburannya pada 2015 dan sejak itu Lure mendapat perhatian apatah lagi selepas usianya didedahkan kepada umum.
Sumber : Friday Magazine, Instagram Lure Hsu
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI