Percaya Rezeki, Shira Tidak Kisah Digam Stesen TV

Terbaru menurut sumber, pelakon yang lebih dikenali dengan panggilan Shira mengatakan bahawa dia tidak kisah jika namanya digam oleh sebuah stesen TV.

Tambah sumber itu lagi, suami Shira, Ijoy telah memfailkan saman terhadap sebuah stesen TV Khamis lalu.

Rentetan daripada hal tersebut dia terima jika nama digam dan dia akan terus menyokong tindakan suaminya serta percaya bahawa rezeki itu ada di mana-mana.

IKLAN

“Saya tidak terfikir langsung soal nama akan digam atau tidak. Namun sekiranya perkara itu berlaku kepada saya, tidak mengapa.

 

“Bagi saya rezeki ada di mana-mana. Jadi saya tak perlu takut pun. Kalau mereka tak nak tawarkan saya pekerjaan, saya okey saja,” jelasnya.

Shira berkata lagi, sebagai seorang isteri dia akan terus mempertahankan tindakan suaminya itu dan Shira juga turut menjelaskan mengapa fail saman dibuat oleh suaminya terhadap stesen TV yang berkenaan.

“Suami hanya menuntut haknya. Adakah itu salah?

 

“Disebabkan sudah tidak ada cara lain, jadi suami mengambil keputusan membawa perkara ini ke peringkat undang-undang. Suami bukannya suka-suka nak saman,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, Khamis lalu syarikat penggambaran milik suaminya, M A Pictures Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap stesen TV AlHijrah untuk menuntut bayaran kerja produksi yang tertunggak berjumlah RM265,600.

IKLAN

Sumber memberitahu lagi, jumlah bayaran tersebut membabitkan pembayaran rakaman bual bicara program 26 episod yang dijalankan pada 29 Oktober 2015.

Sumber: Harian Metro