Persaingan program muzik realiti, Big Stage nyata tidak berpihak buat Andi Bernadee, apabila namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu ketiga saingan.

Menerusi pertandingan yang mengetengahkan konsep Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) itu, peserta berusia 26 tahun itu membawakan lagu Tak Pernah Hilang, secara duet bersama Indah Ruhaila.

Meski mendapat pujian juri, namun yang terkumpul secara keseluruhan agak rendah sekali gus meletakkan namanya di antara tiga peserta sebelum diumumkan tersingkir.

IKLAN

“Saya anggap tiada nasib menerusi persembahan pada kali ini, meski sudah cuba memberikan yang terbaik bersama Indah. Tidak mengapa saya percaya pada rezeki,” katanya kepada MH.

Sementara itu, penyanyi muda Sarah Suhairi buat pertama kali mendapat kedudukan tertinggi saingan minggu ini, diikuti Syafiq Farhain dan Ariff Bahran yang memilih Ayda Jebat untuk minggu duet.

Lapan peserta lain yang masih bersaing untuk minggu depan depan ialah Sissy Imann, Syafiq Farhain, Ariff Bahran, Baby Shima, Wani Kayrie, Tajul dan Afieq Shazwan.

IKLAN

Terdahulu, Big Stage yang dihoskan Alif Satar dan Sherry AlHadad dipancarkan secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, bersiaran menerusi saluran Astro Ria dan Ria HD (123).

IKLAN

Foto: Instagram Astro Gempak

https://www.instagram.com/p/Bmqj4vOHrRV/?hl=en&taken-by=astrogempak

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI