“Percaya Orang Kata Siapa Mengandung Anak Lelaki Berseri,” -Izreen Azminda Syukur Tak Alami Masalah Kulit Wajah Sepanjang Kehamilan

Share

Pelakon, Izreen Azminda kini sedang hamil anak ketiga yang sudah mencecah usia 4 bulan ada berkongsi cerita bersama peminat.

Di samping berkongsi foto terkini dirinya, Izreen atau nama lengkapnya Izreen Azminda Aznam mengakui pernah percaya kepada perkara mitos tentang kehamilan.

“BOOOO-LAAATTTTT.. dulu kami percaya org kata sapa mengandung anak laki berseri.. sapa mengandung anak pompuan tak seri sbb baby tarik seri depa kata..

“kalau anak laki badan tak kembang sgt.. kalau anak pompuan badan kembang semangkuk.. kami tgk samaaa jaaa… badan kekembangan serupa tu gak,”

Selain itu, pelakon berusia 35 tahun ini meluahkan rasa syukur kerana dirinya tidak mengalami masalah kulit wajah sepanjang kehamilannya.

“cumanya yg kami perasan.. kami mmg takdak masalah kulit kalau mengandung.. ampa ada masalah kulit yg teruk dak.. cthnya.. tak mengandung kulit elok ja..

“kalau mengandung kulit tu rasa mcm nk p sagat kat jalan punya nk bg licin,” tulinsya menerusi hantaran di Instagram.

Sekadar informasi, Izreen mendirikan rumah tangga bersama pemuzik, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau lebih dikenali sebagai Ude pada 8 Ogos 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aaron Ibrahim yang kini berusia setahun.

Terdahulu, Izreen pernah berkahwin dengan Muhammad Riza pada 2012 sebelum berpisah pada 2014.

Menerusi perkahwinan pertamanya itu, Izreen turut dikurniakan seorang anak Muhammad Adrian Umar, yang kini berusia 5 tahun.

Foto: Instagram Izreen Azminda

IKLAN