Ads

Percaya Kata-Kata Itu Doa, Wany Hasrita Tunai Hajat Beli Rumah 2 Tingkat

Selepas dikatakan hampir setahun misinya tertangguh, penyanyi, Wany Hasrita akhirnya meluahkan rasa teruja apabila kini telah pun berjaya memiliki rumahnya sendiri.

Menurut Wany, berkat usaha dan doa yang berterusan, hampir segala yang diidamkannya telah pun tercapai.

“Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah for everything. Betullah, kata-kata itu satu doa.

Ads

“Setiap hari sebut nak beli rumah, pegi haji & umrah doa permudahkan untuk beli rumah. Ini azam saya tahun 2019, 1 tahun delay.

“Tapi Allah tahu bila waktu yg terbaik utk dia beri pada hamba-Nya. Ibu, ini rumah kita. Terima kasih pada semua yang mendoakan,” tulisnya.

Perkhabaran gembira tersebut dikongsikan oleh penyanyi lagu Canggung itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya.

Ads

Malah, Wany turut menyifatkan Allah sebagai sebaik-baik perancang dan ini juga merupakan hadiahnya buat ibu tercinta.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis turut berkongsi rasa gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Wany.

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Percaya Kata-Kata Itu Doa, Wany Hasrita Tunai Hajat Beli Rumah 2 Tingkat Percaya Kata-Kata Itu Doa, Wany Hasrita Tunai Hajat Beli Rumah 2 Tingkat Percaya Kata-Kata Itu Doa, Wany Hasrita Tunai Hajat Beli Rumah 2 Tingkat

Menerusi video tersebut, Wany dilihat gembira membawa ibunya itu meninjau keadaan sekeliling rumah baru mereka itu.

Sumber: Instagram Wany Hasrita

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Zubir Khan

Zubir Khan Kini Suami Dr. Heama Maleini Dengan Sekali Lafaz, Momen...

Penyanyi dan komposer, Zubir Khan kini sah bergelar suami kepada wanita pilihan hatinya, Dr. Heama Maleini selepas selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz dalam majlis...