Tindakan vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh yang dilihat memegang sebatang rokok yang tidak dinyalakan di ketika muncul di pentas peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) nyata mengundang reaksi ramai pihak.
Antara yang turut memberikan teguran berhubung isu tersebut termasuklah Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Menurut Dr Noor Hisham, tindakan artis tersebut secara tidak langsung mampu memberikan pengaruh yang tidak baik buat masyarakat.
KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat pic.twitter.com/CwxCfNYnk6
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) August 23, 2022
“KKM memandang serius terhadap isu berkaitan artis yang menonjolkan tingkah laku seperti merokok dan menghisap vape di khalayak ramai.
“Perbuatan ini menunjukkan contoh yang tidak baik kepada masyarakat sekeliling terutama kepada kanak-kanak dan remaja,” tulisnya.
Terguran tersebut dikongsikan sendiri oleh Dr. Noor Hisyam menerusi laman Twitter rasmi miliknya.
Dalam pada itu, beliau turut menyeru kepada semua pihak termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM mendidik masyarakat untuk menjauhi budaya merokok.
“KKM menyeru setiap lapisan masyarakat termasuk artis dan selebriti untuk membantu usaha KKM bagi memastikan perbuatan merokok dapat dijadikan sebagai satu budaya yang tidak diterima lagi dalam kalangan masyarakat,” ujarnya lagi.
Sebelum ini, penyanyi lagu Angin Kencang ini juga pernah mencetus sensasi gara-gara menghisap rokok elektronik ketika ditemu bual media dalam sebuah acara sekitar Julai lalu.
Pada ketika itu, Noh sedang ditanya mengenai spekulasi keretakan rumah tangganya bersama Mizz Nina.
Bagaimanapun, baru-baru Noh dan Mizz Nina telah mengumum penceraian mereka dan memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.
Pasangan itu berkahwin pada 2 Julai 2011 dan tidak dikurniakan cahaya mata tetapi mereka mengambil seorang anak angkat bernama Musa sekitar April lalu.
Sumber & Kredit Foto: Twitter Dr. Noor Hisham
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Secara Klinikal Saya Telah Didiagnos Menghidap Gangguan Bipolar, ” – Janna Nick
Satu hantaran terkini daripada pelakon, Janna Nick menerusi Instagram mendapat perhatian peminat apabila bintang berusia 25 tahun itu tampil membuat pengakuan dirinya menghidap gangguan bipolar.
Malah keadaannya itu memaksa dirinya untuk berehat sementara daripada media sosial dan turut mengambil ubatan bagi membendung gangguan berkenaan.
“I was clinically diagnosed with bipolar disorder. I took time off from social media to focus on myself. Its been a week (& still continuing) taking Antidepressant medication (Escitalopram) & Carbamazepine (CBZ). All this while, I thought my brain worked normally, same as everyone else.
“I memang ingat semua orang ada more than 3/4 voices in their head. I memang ingat that it’s normal for your inner voices to keep talking to each other like a group discussion.
“Until I started to take my medication. It was then that I realized, “ oh this is how normal people think inside their heads”. I don’t know if it’s genetic or due to my past,” tulisnya.
Menerusi hantaran sama, Janna turut mengakui pernah terfikir untuk mati ketika usianya lapan tahun selain menyifatkan kehidupan zaman kanak-kanaknya tidak seperti mereka yang lainnya.
“At the age of 8, I wanted to die. My childhood wasn’t the same as my other friends. Sepak teranjang memang makanan i since i could ever first recall.
“I tried to take my own life when I was 14 years old by swallowing a handful panadol mixed with other medicine i could find at the time. I don’t have a perfect family. Dulu duduk dekat boarding school, jauh.
“Every weekend tengok parents kawan kawan visit, bawak makanan for them. Me? Tengok je la di balik tingkap nako tu. 2nd suicide attempt was a year after that, PMR year, I cut my own wrists infront of my younger sister.
“After that, I decided not to do that anymore. I just wanted to do what could make me happy. I started becoming selfish & stoped relying on other people for my own happiness.
“I blocked other people from my own thoughts and consideration, because for me, no one cared when i was at my lowest. I start doing the same thing to other people, to not care about how they feel, how they think,” jelas Janna.
Sementara itu, pelakon drama Marry Me, Senorita itu turut mengaku pernah ‘lari’ selama tiga hari ketika melancong ke Korea Selatan untuk bersendiri.
“When I was 20 years old, Something happened that triggered my depression again. That was the last time i tried to take my own life. I remember I was in Korea, it’s was snowing heavily, -17 degrees in Pyeongchang.
“I stayed out in the snow for nearly 2 hours and didnt want to go back inside. Lastly, I decided to run away. I left everyone for 3 days & chose to be alone in Seoul.
“It was then that i came to a conclusion. From now on, I have to always make myself happy. Never rely on anyone & never expect anyone to understand how I feel.
“If I don’t feel good, I’ll always decide to go away by myself. Because I’m the happiest when I’m alone. The one who will never neglected me is always Him,” tulisnya lagi.
Perkongsian tersebut turut mendapat reaksi pelbagai daripada peminat dan rakan selebriti.
Foto: Instagram Janna Nick
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Hari Ketiga, Penat Sedikit Terasa,” – Dr Say Shazril Kongsi Pengalaman Rawat Rohingya, KKM Kesan Kluster Pasar Borong
Doktor selebriti Dr Say Shazril berkongsi pengalaman sebagai sukarelawan yang ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur. Jelasnya Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan satu kluster baru iaitu Kluster Pasar Borong yang terdiri daripada warga asing yang bekerja di sana.
Katanya, majoriti warga asing tinggal bersama lebih 20 orang di dalam satu rumah dan cukup mudah terkena jangkitan. Walau bagaimanapun katanya berurusan dengan warga asing terutama Rohingya amat mudah kerana mereka mendengar kata dan patuh kepada arahan.
Dalam pada itu, Dr Say turut berkongsi pengalaman memakai Pakaian Perlindungan Diri (PPE) dan memohon agar diberi kekuatan mengharunginya sepanjang bulan Ramadan.
“Topik : Hari Ketiga, Penat Sedikit Terasa
“Kepada yg tertanya apa skop pekerjaan sy sepanjang sukarelawan ni meh sy cerita. Sy ditempatkan di Pasar Borong Kuala Lumpur kerana baru-baru ni @kementeriankesihatanmalaysia berjaya mengesan satu kluster dari sini. Kluster Pasar Borong namanya. Kalian tahu tak dengan kisah di Singapura yg mana mereka mencatatkan 1,111 kes positif dalam sehari hanya daripada pekerja asing? Well inilah yg kami cuba tangani di Pasar Borong KL ni.
“Seperti yg kita ketahui pekerja asing ni duduk bukan seorang tapi mahu dekat 20-30 orang dalam satu rumah. Bayangkan kalau sorang positif ape akan terjadi kepada 19-29 orang yg lain ni? Maka here we are doing mass sampling tak kisah samaada mereka ni bersimptom atau tidak. “Seronok la foreigners dapat layanan Dr Say”. Well if u consider Rohingya refugees seronok taktau la sebab susah jugak nak berkomunikasi tp pekerja asing ni terbaik!
“Walaupun ada sedikit masalah komunikasi tapi mereka sangat patuh kepada arahan. Tak kisah berdiri lama untuk beratur, tidak merungut, kerjasama elok, senang kata nak amik sampel tekak 800 orang Rohingya dalam tempoh 6 jam tersangat mudah! Inilah skop pekerjaan sy, kalau tak calit tekak untuk ambil sampel, sy akan tolong untuk seal & pack sampel yg telah diambil tadi untuk diproses. Nak calit tekak tu serius mudah tutup mata pun boleh cuma yg teramat berat ialah pemakaian PPE tu.
“Still tak dapat rasa macam mana panasnya dalam PPE tu? Gambar di atas menunjukkan hasil sy memakai PPE selama 3 jam walaupun cuaca hari ni most of the time hujan. Bayangkan kalau cuaca kat luar hujan tapi sy berpeluh lencun cenggini, macam mana kalau cuaca terik kat luar? Selalunya sebelum sy pakai PPE akan sy habiskan seliter air kosong tapi esok start puasa dah. Moga diberi kekuatan yg sama esok InsyaAllah. Dalam kesempatan ini ingin sy ucapkan Salam Ramadhan kepada semua umat Islam. Selamat berpuasa peeps!” kongsinya panjang lebar.
View this post on InstagramA post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on
Foto : Instagram Dr Say
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Keputusan Menyanyi Dapat Tentangan Daripada Ibu Pada Awalnya. Tetapi…,” – Razak A’ai Optimis, Raih Gelaran ‘Cakra Khan Malaysia’?
Atas keunikan suara dan pesonanya, baru Razak A’ai sering dilabel sebagai antara bintang yang mempunyai aura suara seakan Louis Armstrong, malah ada yang berikan gelaran Cakra Khan Malaysia kepadanya.
Difahamkan, persamaan berkenaan diberikan sejumlah besar pengikutnya yang sebelum ini sering mengikuti persembahan penyanyi asal Kuching, Sarawak ini menerusi persembahan di jalanan.
Malah, Razak A’ai turut berkongsi beberapa video persembahannya di media sosial.
Lalu, suaranya yang disifatkan maskulin itu akhirnya dapat diperdengarkan menerusi single di bawah naungan syarikat rakaman Todak Music berjudul Aku Setia.
Diinspirasikan daripada tragedi menyayat hati yang pernah menggemparkan dunia, Razak A’ai bagaimanapun belum mahu berkongsi lanjut mengenai pembikinan muzik video untuk single sulungnya itu.
“Idea menghasilkan lagu ini pada mulanya tercipta sebagai luahan rasa terhadap ibu saya. Sebelum bersama Todak Music, saya pernah menaungi sebuah syarikat rakaman sebelum ini dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mengejar cita-cita sebagai menyanyi di usia yang sangat muda, iaitu 18 tahun.
“Pernah menghasilkan sebuah single, namun ianya kurang menjadi. Malah kehidupan sebagai anak seni sangat mencabar. Keadaan itu mendesak saya pulang ke kampung halaman dan ia disambut dengan penuh rasa gembira oleh ibu saya.
“Ibu sarankan saya supaya mencari pekerjaan lain di Kuching Sarawak dan tinggal bersamanya. Tidak beberapa lama, saya mendapat tawaran daripada Todak Music. Minat terhadap muzik menggesa saya untuk kembali ke Kuala Lumpur.
“Hendak dijadikan cerita keputusan saya untuk menyanyi mendapat tentangan daripada ibu pada awalnya. Tetapi saya berjanji saya akan membawa pulang kejayaan kali ini dan berharap ibu saya setia menunggu momen itu,” katanya apabila ditanya mengenai proses pembikinan lagu Aku Setia.
Menariknya juga, single terbabit juga merupakan hasil ciptaan sepenuhnya tuan badan.
Menyuntik kelainan, beberapa bait lagu ini turut meminjam suara adik Alyssa Dezek, iaitu bintang kecil berbakat besar yang cukup sinonim dengan persembahan ukulele.
Tidak mahu tertumpu kepada satu kisah semata, Razak A’ai juga mengajak ramai untuk mentafsir makna lagu ini yang boleh diguna pakai dalam konteks lebih meluas.
Sementara itu, muzik video lirik untuk lagu terbabit sudah pun dimuat naik menerusi YouTube kurang seminggu lalu. Hingga kini, ia sudah pun mendapat tontonan hampir 40,000 kali tontonan.
“Terima kasih kepada pihak Todak Music kerana menyakini bakat saya. Todak Music, bagi saya sebuah syarikat rakaman yang kini sedang memberi inisiatif dalam membawa revolusi baharu dalam industri muzik.
“Seiring dengan misi dan visi mereka, keberadaan saya disini bukan untuk mencipta nama sebagai penyanyi saja tetapi pencipta lagu serta lirik juga.
“Mungkin suatu hari nanti, saya diberi peluang berkolaborasi dengan penyanyi tempatan menghasilkan lagu buat mereka. Selain dapat bekerjasama dengan komposer terkenal tempatan, bertukar-tukar idea menghasilkan sebuah karya yang diterima ramai.
“Saya percaya gabungan idea dapat menghasilkan sebuah karya yang lebih menarik,” terangnya optimis.
Mengulas mengenai vokalnya yang sering disamakan dengan Cakra Khan dan Louis Armstrong pula, Razak A’ai optimis dalam menyantuni kesamaan itu sebagai satu kelebihan juga bonus untuknya.
Harapannya cuma satu, agar gaya nyanyiannya tidak dibayangi sesiapa kerana percaya dia turut mempunyai kelebihan dan identiti tersendiri
Foto: Terima Kasih Todak Music
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI