Wah tahniah kami ucapkan kepada Astro kerana berjaya melahirkan sebuah stesen radio berkonsepkan “Gaya Hidup Muslim Kontemporari” baru-baru ini.

Sepanjang berada di majlis pelancaran stesen ini mata MH hanya tertumpu pada salah seorang penyampainya yang bernama Anas Tahir.

Siapa Anas Tahir ni?

Okay, MH belanja dahulu beberapa gambar Anas korang tengok sendiri…

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

IKLAN

Macam mana? Tidak pasti sama ada kami sahaja yang fikir begini atau orang lain juga fikirkan benda yang sama. Bagi MH, kalau sekali pandang Anas memang saling tak tumpah seperti Faizak Tahir. Betul tak?

Jangan kata wajahnya , malah suaranya juga boleh dikatakan agak sama dengan ‘Superman’ Malaysia. Tidak mahu melepaskan peluang, MH segera mendekati personaliti ini dan tanya beberapa soalan padanya.

Kenapa muka sama?

Menurut tuan punya badan, ini bukanlah kali pertama namaya dikaitkan dengan Faizal Tahir. Tetapi sudah beberapa kali. Untuk menjelaskan semua, Anas mengaku sebenarnya dia adalah adik kepada Faizal Tahir yang popular dengan lagu Mahakarya cinta.

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

IKLAN

Walaupun mempunyai pertalian darah dan bertuah kerana sering mendapat tempias tuah abangnya, namun dia engan memaut nasib dan terlalu bergantung pada Faizal. Untuk capai ke tahap sekarang pelbagai rintangan dan perkara yang perlu dilaluinya.

Pernah Menjadi Seorang Peniaga Roti…

Selepas menamatkan pengajian di sebuah universiti yang terletak di England, Anas yang mengambil jurusan Ijzah Sarjana Muda Kejuruteraan pernah mengalami detik kejatuhan beberapa seketika.

“Untuk menafikan tidak langsung terasa tempias abang itu tipulah. Alhamdulillah saya rasa bersyukur kerana setiap apa rezeki yang tuhan berikan padanya, saya berkesempatan dapat sedikit tempiasnya.

“Namun perjalanan saya untuk ke tahap sekarang bukanlah mudah, saya lalui macam-macam perkara. Dari bergelar penyanyi nasyid sehinggalah penjual roti tepi jalan semua saya lalui.

“Memang dari kecik saya sudah diajar oleh ayah untuk tidak bergantung pada adik beradik yang lain. Jadi nak atau tidak saya perlu berdikari.

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

IKLAN

Mungkin ada yang tidak perasan sebelum ini Anas pernah menyertai program TV, Seiras Seirama dan pernah mengeluarkan single lagu Penjaja Jalanan.

Malah Anas juga pernah menyertai kumpulan nasyid Far East dan Firdaus sebelum melanjutkan pelajaran dan mula menceburkan diri dalam bidang peniagaan.

MH juga sempat bertanya pada Anas tidakkah dia merindui dunia nyanyian, namun Anas menjawab dengan cukup yakin, dia lebih selesa berada di dunia penyampai radio.

“Masa audition untuk jadi penyampai radio. Saya tidak pernah terfikir untuk sampai ke tahap ini. Saya fikir saya tidak akan dapat kerana selain saya masih ramai calon-calon hebat yang hadir.

 

“Apabila diberitahu, saya terpilih perasaan saya agak bercampur baur. Saya teruja tetapi dalam masa yang sama agak gementar kerana akan bekerjasama dengan Mawi. Balik rumah naik motor sambil menangis, saya tertanya-tanya boleh ke saya lakukan ni?

 

“Tetapi syukur Mawi seorang yang sangat memberi kerjasama dan supportive. Walaupun dia pernah menimbulkan fenomena di dalam industri manakala saya hanya tiada apa, dia tetap beri saya semangat dan tidak pernah memperkecilkan saya,” Jelasnya pada kami.

Perasan Tak Anas Tahir Banyak Persamaan Dengan Faizal Tahir?

Kini korang semua boleh dengar Anas berceloteh panjang bersama Mawi di segmen Salam Bros setiap pagi di frekuensi pelbagai segmen menarik akan dilakukan bermula 6 hingga 10 pagi. Antaranya seperti Bro Buskers, Ayat World dan Mawi Jawi.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI