Penyanyi senior, To’ki atau nama sebenarnya, Mohd Zaki Mansur kini mendiami pondok kecil yang terletak di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor lebih setahun lalu bersama isteri tercinta.
Memetik Astro Awani, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Seni Berzaman itu telah pun membina pondok berkenaan sejak tiga tahun lalu.
Tidak pernah mengeluh, jauh sekali menyesali ketentuan takdir, bintang berusia 53 tahun itu yang setia ditemani isteri, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, bersyukur kerana masih memiliki tempat untuk berteduh.
“Saya bina pondok ini sejak tiga tahun lalu lagi sebenarnya (tetapi) duduk sini dalam setahun lebih.
“Walaupun nampak macam ini (serba kekurangan) tetapi saya damai bersama isteri,” kata To’ki seperti yang dipetik.
Katanya lagi, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangannya, namun, teratak kecil ini saling tidak ubuah sebuah ‘syurga’ buat dia dan isteri.
Malah, ia turut memiliki makna sentimental kerana ia adalah hasil kerja tangannya sendiri selain menjadi ruang mencari ilham dalam berkarya.
Ads
Sekalipun menyedari iklim industri muzik tanah air tidak begitu memberangsangkan, namun, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar
To’ki pada masa sama berazam untuk kembali bangkit meski harus berhadapan dengan cabaran.
Sebetulnya, To’ki tidak begitu gemar untuk terlalu terbuka bercerita mengenai kesulitan hidup yang dilaluinya kerana enggan orang ramai berprasangka.
Sebaliknya, dia lebih senang berkongsi idea dan hasratnya untuk kembali ke industri muzik tanah air untuk memperbaiki taraf kehidupannya itu.
Namun begitu, To’ki mengakui kediaman yang diduduki itu sangat tidak sempurna dan perlu ditambah baik.
Ads
Bagaimanapun, untuk mengubahsuai pondok itu, ia memerlukan kos dan semua itu di luar kemampuannya.
Bahkan, bekalan air harus diangkut sendiri oleh To’ki dari sungai berdekatan selain untuk menyelesaikan ‘hajat’ juga terpaksa ke sungai memandangkan pondok kediaman terbabit tidak mempunyai tandas.
“Nak buat macam mana ini sahaja yang termampu,” luahnya.
To’ki turut diuji apabila pergerakan isterinya terbatas kerana mengalami patah tulang pinggul akibat kemalangan yang dialaminya 10 Jun lalu.
Ads
“Paling sukar bila tiap kali nak turun atau naik sebab (tanah) curam. Kalau saya naik kerusi roda sekurang-kurangnya perlu tiga orang (untuk bantu) tolak.
“Memang sukar keadaan masa ini, namun saya dan To’ki terima nasib kami. Saya kena sesuaikan diri saya. Itu sahaja yang kami mampu,” kata isterinya.
Sementara itu jelas To’ki, sekiranya ada rezeki, dia mahu mengusahakan pemasangan paip bagi membolehkan bekalan air dipam dari sungai berdekatan ke kediamannya bagi memudahkan urusan kehidupan harian.
“Kalau ada bajet saya nak tarik (pam) air dari sungai ke sini (kediaman) selain tangki air dan tandas, selagi tidak ada semua itu, kami terpaksa turun (ke sungai),” katanya yang turut akui pendapatan kini bergantung kepada jemputan menyanyi di restoran atau majlis-majlis kecil sahaja.
Wawancara bersamanya juga turut boleh ditonton menerusi Astro Awani.
Sumber/Foto: Astro Awani
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pelawak, Shuib mengakui ada individu yang seolah-olah berasa kurang senang dengan kehidupan yang dilaluinya kini.
Jelsnye kepada MH, dia rasa lebih terkilan apabila pihak berkenaan merupakan orang yang tergolong dalam kalangan individu yang sering berada di sekelilingnya.
“Tak semua orang suka kalau kita berjaya. Kawan kita pun tak semua yang suka kita. Tapi itulah hukum alam, adat dalam berbisnes.
“Bila kita berada di bawah orang mencucuk-cucuk, bila kita berada di atas, ada yang nak jolok-jolok, nak suruh jatuh,” katanya jujur.
Shuib berkata demikian sebagai mengulas apa yang dimaksudkannya terhadap satu entri di Insta Stories baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap seseorang.
Tidak mahu mengeruhkan keadaan, Shuib memilih untuk pendam sahaja hal berkenaan.
“Saya suka simpan sendiri. Ada benda lebih baik simpan sahaja sebab saya bukan suka bergaduh.
“Biarlah Allah buat kerja, kita rileks sahaja sebab lambat laun orang itu akan sedar yang dia tak patut buat begitu,” katanya lagi.
Shuib ditemui sewaktu pelancaran cawangan kelapan Bubble Bee di Senawang, Negeri Sembilan. Ia merupakan cawangan pertama yang dibuka di luar Lembah Klang.
“Saya sasarkan sebanyak 100 cawangan sebelum penghujung tahun ini, insya-Allag. Bagaimanapun, ia bergantung kepada situasi juga.
“Saya tak sangka sambutan yang diberikan oleh pembeli di luar Lembah Klang cukup luar biasa.
“Malah saya difahamkan, sampai ada yang sanggup beratur selama tujuh jam”, katanya yang turut memperkenalkan rakan kongsinya di cawangan tersebut Nik Ruasma Nik Ahmad Ruzi pada sesi berkenaan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Rakan baik Zarina Anjoulie, bintang Instagram yang juga juru solek, Aizat Abdul Razak mengesahkan selebriti itu telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Eilyas Azhar pagi tadi dengan sekali lafaz.
Berwalikan bapanya, Zarina dan pasangan difahamkan berkahwin di Pejabat Agama Islam Daerah Seremban, Negeri Sembilan sebagaimana beberapa posting yang dikongsikan menerusi Insta Stories miliknya beberapa jam lalu.
Aizat turut menambah, Zarina sepatutnya berkongsi momen bahagia bergelar isteri bersama peminat dengan melakukan sesi ‘live’ di Instagram.
Bagaimanapun, kerana terlalu gementar sesi berkenaan tidak dapat dilakukan.
Gembira kerana sahabat baiknya itu sudah pun selamat bergelar isteri orang, Aizat pada awalnya tidak menyangka Zarina yang mesra disapa Anju itu menemui kebahagiaan bersama insan tersayang.
“Sudah tentu gembira dan pada masa sama saya terkejut sebab saya sangka mereka ni hanya main-main cinta sahaja, tidak nampak serius.
“Rupanya dalam senyap-senyap, rupanya memang mencari tarikh sesuai untuk langsungkan pernikahan. Alhamdulillah dan syukur,” katanya.
Turut diadakan ialah majlis kenduri di kediaman pengantin lelaki yang dilakukan secara sederhana.
Zarina sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki. Namun rumah tangganya itu berakhir pada Disember 2016.
Pasangan pengantin baru itu juga difahamkan bakal melangsungkan majlis resepsi dalam waktu terdekat.
Foto: Instagram Zarina Anjoulie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Apa yang saya muat naik di lama Instagram itu adalah diri saya yang sebenar. Macam mana yang peminat saksikan di dalam laman sosial, begitu juga saya di luar.
“Saya pakai apa yang saya rasa nak pakai. Komen negatif itu normal. Sebab itu saya tutup ruangan komen.
“Dari orang bercakap buruk, lebih baik saya tutup komen. Saya tidaklah stress kalau nak baca komen-komen melampau, sebab saya pun tak kenal mereka.
“Tak beri efek, cuma saya selesa kalau ada yang memikirkan bahawa masing-masing lebih baik buat hal sendiri mungkin? Semua orang ada cara mereka sendiri,” katanya yang lebih dua tahun berkecimpung dalam dunia lakonan.
Scha ditemui di lokasi penggambaran drama bersiri 26 episod berjudul Juliet terbitan Zeel Productions.
Memegang watak Lily, Scha sekali lagi membawakan watak antagonis.
“Saya gemarkan watak sebegini kerana ia memberi cabaran kepada saya.
“Saya bersyukur kerana diberi peluang untuk bekerjasama dengan tenaga produksi drama bersiri Juliet kerana ia memberi banyak pengalaman yang baik,” katanya lagi.
Bakal disiarkan di RTM September depan, Juliet diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar.
Drama bersiri ini turut membariskan pelakon hebat lain seperti Redza Rosli, Rita Nadira, Rozita Che Wan, Haliza Misbun, Azza Elite, Sofia Ibrahim, Louisa Chong dan ramai lagi.
Foto: Instagram Scha Elinnea
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...