Berita

Penyanyi Park Bo-ram Meninggal Dunia Selepas Jatuh Di Rumah Kawan, Syarikat Pengurusan Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi

Share

Seorang lagi penyanyi K-Pop terkenal meninggal dunia pada usia muda. Park Bo-Ram, 30, ditemui mati di rumah kawannya di Seoul pada Khamis lalu selepas jatuh tidak sedarkan diri.

Kematiannya disedari oleh rakan-rakannya apabila dia tidak pulang semula ke ruang berkumpul selepas ke tandas.

Apabila ditemui rakannya di tandas, mendiang Park Bo-ram ditemui dalam keadaan berteleku di sink sebelum mereka melakukan rutin bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu pihak perubatan tiba.

Selepas dikejarkan ke Hospital Guri Universiti Hanyang, penyanyi lalu popular Beautiful itu disahkan meninggal dunia pada ajam 11.17 malam kira-kira sejam setengah selepas dia dijumpai tidak sedarkan diri.

Hari ini dalam satu kenyataan media susulan yang dikeluarkan oleh syarikat pengurusannya, Xanadu Entertainment menyatakan mereka akan berkongsi kenyataan rasmi sebab kematian Park Bo-ram apabila tiba masa yang sesuai.

Dalam kenyataan itu lagi, pihak pengurusan dengan tegas menyatakan mereka tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyiarkan berita palsu berhubung kematian penyanyi itu.

BACA JUGA: Pelakon Siri Popular Netflix Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Motosikal

Sumber foto: Instagram Park Bo-Ram

“Kami memohon agar anda memadam hantaran dan video tidak berasas, palsu dan spekulatif.

“Jika perkara ini berterusan, kami akan bertindak balas dengan memfailkan tindakan undang-undang dengan memfailkan kedua-dua tuntutan mahkamah sivil dan tuduhan jenayah selepas selesai urusan pengebumian,” memetik sebahagian daripada kenyataan yang dikeluarkan.

Autopsi terhadap mayat mendiang sepatutnya dilakukan pada Sabtu lalu namun ditunda ke hari ini. Dilaporkan, upacara pengebumian akan dilakukan selepas proses autopsi selesai.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

IKLAN