Penyanyi OST Titian Cinta Timang Cahaya Mata Ketiga

MH baru mendapat berita gembira mengenai penyanyi lagu drama hangat , Asfan Shah yang kini baru sahaja menimang cahaya mata yang ketiga.

Menerusi akaun instagram milik Asfan, isterinya Ain Sakinah Razali baru sahaja selamat melahirkan anak lelaki yang ketiga di hospital swasta di Petaling Jaya beberapa jam yang lalu.

Tambah Asfan, dia juga berjanji akan kongsikan gambar penuh anaknya selepas 44 hari.

IKLAN

Menurut kapsyen yang ditulis oleh Asfan, dia sangat bersyukur atas kelahiran zuriatnya ini dan isteri juga bayi, kedua-duanya selamat dan berada dalam keadaan sihat.

“ Alhamdulillah. Terima Kasih Allah SWT. Isteri saya selamat dan baby berjaya keluar dengan normal pada 17.11.17, Jam 2.22 pagi. “

 

 

“Terima kasih atas doa anda semua. Yes! Kalini memang nervous berbanding abang-abang dia masa berada dalam labor room bersama doktor. Tak dapat nak gambarkan. Fuhhh. Hehe. I love u mommy. Ujarnya

Rata-rata pengikut juga peminat Asfan telah menghujani ruang komen perkongsian berita gembira itu dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat bayi yang baru dilahirkan.

IKLAN

Kami di MH juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Asfan dan isteri. Wah, tiga-tiga anak Asfan lelaki.

Pasangan ini berkahwin pada 2012, mempunyai dua anak lelaki, Ali Haytham Shah, 4, dan Ali Wakeel Shah, 2.

Semoga bayi kepada pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah kebahagiaan dalam keluarga.