Pelakon dan penyanyi legenda, Fauziah Ahmad Daud memberi penghormatan terakhir atas pemergian penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid kira-kira jam 8.00 malam tadi.
Berita itu dikongsikan Fauziah atau Ogy menerusi satu hantaran di Instagram, sebentar tadi.
“Innalillahiwainaillaihirojiun. Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, dan maafkanlah kesalahannya.
“Terimalah segala amal ibadahnya dan tempatkanlah dia bersama mereka yang beramal soleh.
Ads
“Semoga Biduanita Allahyarhamah Zaleha Hamid tenang, aman di negeri abadi. Salam takziah buat seisi keluarga,” tulisnya pada ruang kapsyen.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi lagu Bunga Rampai dan Kerana Pengalaman itu meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, Johor kira-kira pukul 8 malam Khamis.
Ads
Pemergiaan Allayarham turut dimaklumkan suaminya, iaitu Ungku Sulaiman Ungku Aziz yang memaklum isterinya sudah seminggu dirawat di hospital akibat jangkitan kuman pada paru-paru.
Ads
Allahyarham menghembuskan nafas terkahir pada usia 68 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon dan pengacara Fikry Ibrahim tampil menafikan dakwaan rumah tangganya sedang bermasalah selepas isterinya, Siti Khalizah Alihan, dilihat hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, pagi Khamis.
Fikry menjelaskan, hubungan mereka masih dalam keadaan baik, malah isterinya turut hadir menemaninya di set Melodi pada malam sama.
“Di sini saya ingin menjelaskan, pagi tadi peguam itu tidak bercerita habis.
“Hakikatnya pada hari ini (Khamis), saya dan isteri masih baik-baik sahaja. Malah, dia juga ada di bawah (set Melodi),” katanya ketika siaran langsung Melodi, malam tadi.
Menurut Fikry, kehadiran isterinya ke mahkamah bukan untuk meneruskan permohonan cerai, sebaliknya untuk menarik balik kes tersebut.
“Pagi tadi, isteri saya datang ke mahkamah untuk menarik semula kes. Sebenarnya tiada apapun yang berlaku.
“Cuma mahkamah minta tangguhkan ke bulan seterusnya kerana tidak mahu kes ini dilihat seperti main-main.
“Saya tahu mengenai proses mahkamah pagi tadi. Sebenarnya, saya teman isteri saya pagi tadi ke mahkamah.
“Bila isteri maklumkan ada ramai wartawan, saya tak turun sekali. Jadi, saya balik dahulu. Bila sudah selesai, saya ambil dia semula. Tiada apapun yang berlaku,” ujarnya.
Dalam pada itu, Fikry akui masih menyayangi isterinya dan akan berusaha mempertahankan rumah tangga mereka selagi terdaya.
“Saya sayang isteri saya. Bila hal ini terjadi kepada saya, mungkin ia pengajaran. Biasalah kita manusia.
“Sedangkan lidah lagi tergigit, apatah lagi suami isteri. Selagi mana saya bergelar suami dan mengambil tanggungjawab daripada keluarga, saya akan jaga isteri dengan baik dan mempertahankan rumah tangga selagi mampu.
“Biasalah adat berumah tangga. Ada salah faham dan ada hari kita saling mengenali.
“Apapun, saya sangat bersyukur saya dan isteri masih dalam keadaan baik. Kami akan meneruskan bahtera perkahwinan ini,” katanya lagi.
Fikry turut meminta agar netizen tidak menyalurkan komen negatif kepada isterinya di media sosial.
“Kepada anda di rumah, kalau nak berikan komen negatif, janganlah di akaun media sosial isteri saya. Hantar pada saya pun tak mengapa.
“Saya lelaki dan sudah biasa situasi seperti ini. Walaupun hari ini agak teruk, saya tetap jalankan kerja seperti biasa.
“Saya sayangkan isteri saya. Jangan sebarkan perkara yang tidak patut,” katanya lagi.
Mengenai hantaran romantik mereka yang tular beberapa hari lalu, Fikry menjelaskan ia adalah bukti mereka masih dalam proses memulihkan keadaan.
“Kami berkongsi gambar yang sama di media sosial masing-masing. Itu bermakna pada ketika itu, kami baik-baik sahaja. Kini proses pendamaian sedang berlaku,” ujarnya.
Menutup bicara, Fikry turut menegaskan bahawa isu rumah tangga mereka bukan berpunca daripada mana-mana pihak luar.
“Saya tahu dan percaya, tiada unsur-unsur luar atau melibatkan pihak-pihak tertentu,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nur Ara Elisya, anak bongsu kepada dramatis terkenal era 90-an, Ainina Ahmad B, dan bekas suaminya yang juga penyanyi terkenal era 90-an, Rahmad Mega, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2 petang tadi.
Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Ainina menerusi satu hantaran di Instagramnya.
“Dukacita dimaklumkan , anakanda saya, Nur Ara Elisya bte Rahmad telah kembali ke Rahmahtullah di Hospital Pakar Kanak-Kanak HUKM pukul 2 petang,22 Jun 2025,” tulisnya
Manakala, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook, Rahmad memaklumkan berita duka itu dengan linangan air mata.
“Assalamualaikum seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.
“Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf ya warga Betong,” katanya dalam keadaan sebak.
Jenazah Ara Elisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.
Imbas kembali, ada Februari lalu, Rahmad pernah berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham Elisya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan menghidap sindrom Prader Willi iaitu sejenis penyakit genetik jarang berlaku yang menjejaskan perkembangan fizikal dan mental seseorang sejak lahir.
Difahamkan, Elisya,15, telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) sebagai usaha meluruskan tulang yang membengkok sehingga 140 darjah akibat komplikasi sindrom tersebut.
Sekadar info, Rahmad dan Ainina memiliki dua orang cahaya mata bersama sepanjang perkahwinan sebelum mengambil keputusan bercerai pada 2011.
+ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menarik perhatian ramai apabila berkongsi suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K, antara individu yang paling takut melihat proses bersalinnya.
Menerusi sepotong video tular berdurasi 46 saat yang dikongsikan di TikTok, penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu mendedahkan, walaupun suaminya tidak menghalang jika dia kembali hamil, namun Datuk K tetap trauma untuk melihat isterinya melalui proses kelahiran.
“Dia okay saya pregnant, tapi dia tak okay bila tengok time saya bersalin. Sebab dia dah fobia,” katanya.
Malah Siti turut menambah, perasaan tersebut mula dialami Datuk K sejak kelahiran anak sulung mereka, Siti Aafiyah.
“Fobia masa saya lahirkan Aafiyah haritu. Tapi masa Afwa pun Datuk K dah berpeluh-peluh dah saya tengok dekat sebelah saya.
“Berzikir, pasang ayat al-Quran, baca dekat telinga saya memang dia orang yang paling cuak. Dia dah fobia sangat.
“So, Datuk K kata kalau saya pregnant dia okay, masa bersalin sahaja dia tak boleh. Tapi okay dah, Allah sudah beri saya yang terbaik,” katanya lagi.
Perkongsian tersebut pantas menjadi sorotan warganet yang rata-ratanya mendoakan yang terbaik buat ibu kepada dua cahaya mata ini.
Perjalanan Penuh Pengorbanan
Terdahulu, Siti dalam satu temubual sebelum ini pernah berkongsi mengenai komplikasi serius yang dilalui sewaktu melahirkan Aafiyah.
Sebagai informasi, Siti mendirikan rumah tangga bersama Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa pada 21 Ogos 2006.
Selepas lebih 10 tahun menanti, pasangan ini dikurniakan cahaya mata sulung, Siti Aafiyah pada Jun 2017, dan anak kedua, Muhammad Afwa pada Ogos 2020.
Kedua-duanya melalui kaedah rawatan IVF (Persenyawaan In-Vitro).
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.