Nur Ara Elisya, anak bongsu kepada dramatis terkenal era 90-an, Ainina Ahmad B,  dan bekas suaminya yang juga  penyanyi terkenal era 90-an, Rahmad Mega, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 2 petang tadi.

Berita sedih tersebut dikongsikan sendiri oleh Ainina menerusi satu hantaran di Instagramnya.

“Dukacita dimaklumkan , anakanda saya, Nur Ara Elisya bte Rahmad telah kembali ke Rahmahtullah di Hospital Pakar Kanak-Kanak HUKM pukul 2 petang,22 Jun 2025,” tulisnya

Manakala, menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook, Rahmad memaklumkan berita duka itu dengan linangan air mata.

Ads

“Assalamualaikum seluruh warga Betong, saya minta maaf tak dapat hadir untuk malam ini. Saya dah berada di Kuching untuk pergi ke lokasi.

“Tapi saya dapat berita anak saya baru sahaja menghembuskan nafas yang terakhir. Jadi saya terpaksa bergegas balik ke Semenanjung. Saya minta maaf ya warga Betong,” katanya dalam keadaan sebak.

Ads

Jenazah Ara Elisya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kemensah.

Imbas kembali, ada Februari lalu, Rahmad pernah berkongsi keadaan kesihatan Allahyarham Elisya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) dan menghidap sindrom Prader Willi iaitu sejenis penyakit genetik jarang berlaku yang menjejaskan perkembangan fizikal dan mental seseorang sejak lahir.

Ads

Difahamkan, Elisya,15, telah menjalani pembedahan tulang belakang di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HUKM) sebagai usaha meluruskan tulang yang membengkok sehingga 140 darjah akibat komplikasi sindrom tersebut.

Sekadar info, Rahmad dan Ainina memiliki dua orang cahaya mata bersama sepanjang perkahwinan sebelum mengambil keputusan bercerai pada 2011.

+ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI