Penyanyi era 1990-an, Azreen Manan, 41, yang dimasukkan ke Institut Kanser Negara (IKN) di Putrajaya, sebelum ini kerana menghidap kanser servik tahap empat, dilaporkan meninggal dunia.

Berita kematian bintang berkenaan turut disampaikan penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menerusi Instagram miliknya sebentar tadi.

Sambil menyifatkan pemergian arwah ke Rahmatullah sangat dirasainya, bintang terkenal itu mengakui akan menyimpan segala kenangan manis bersama arwah sehingga ke akhir hayat.

“Innalillahiwainnailaihirojiun… adinda kesayangan ramai Azreen Manan telah kembali menemui Sang Pencipta. Maaf adikku.. tak sempat kakak menziarah mu disaat2 terakhir hayat mu.

 

“Ya Allah, ampunilah segala dosa2 adinda Azreen selama hayatnya ada.. moga Kau tempatkan beliau di kalangan hambaMu yg soleh dan solehah.. Perginya adinda Azreen sangat di rasai.. adik yg ramah, manja dan dsyangi ramai.. damailah dikau dsana wahai adik.. segala kenangan manis akan akak simpan hingga ke akhir hayat.

 

“Hilang sudah penderitaan yg Erin tanggungi di dunia yg sementara ini.. kini kau di tempat yg abadi menemui Yang Maha Esa.. Moga dsana segalanya indah dan jauhhhh lebih mendamaikan adikku.

 

“Dengan Lafaz Bismillah.. Marilah kita sama sama sedekahkan Alfatihah buat almarhumah Azreen Manan. ALFATIHAH,” tulisnya.

Perkongsian Erra nyata mengejutkan ramai pihak dan para peminat mengucapkan takziah sambil menitipkan doa serta Al-Fatihah atas pemergiaan Allahyarhamah Azreen.

IKLAN

Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Sementara itu memetik mStar Online,suaminya yang dikenali sebagai Shah ketika dihubungi memberitahu, Allahyarham meninggal dunia pada pukul 1.06 petang di Institut Kanser Negara (IKN) Putrajaya.

IKLAN

Jelasnya, arwah menghembuskan nafas terakhir dengan tenang di sisi keluarga dan sahabat terdekat.

Difahamkan, jenazah akan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara Kuala Lumpur selepas solat Asar.

IKLAN

Foto: Instagram Erra Fazira/ URTV online

 

https://www.instagram.com/p/BmnAAFyFamf/?hl=en&taken-by=errafazira

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI