Semestinya pengikut novel bersiri ‘Aku Hidup Dalam Blues’ yang terkenal sekitar tahun 1990-an pasti terkejut dengan berita pemergian penulis buku tersebut yang terkenal dengan nama pena Toyon.

Kira-kira jam 7 pagi tadi, penulis novel grafik bersiri ‘Aku Hidup Dalam Blues’, Azzam Supardi telah disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung di Pusat Perubatan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh.

Penulis Buku ‘Aku Hidup Dalam Blues’ Meninggal Dunia

Menurut abang ipar kepada arwah Azzam, Dr Mohamad Saleeh Rahamad yang merupakan Presiden Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA), Allahyarham telah diserang strok sebanyak tiga kali dan kejadian pertama berlaku di kediamannya yang terletak di Saujana Utama, tahun ini.

IKLAN

Serangan kedua pula berlaku ketika Allahyarham pulang menyambut hari raya ke kampung isterinya di Pahang dan menyebabkan dia dimasukkan ke hospital.

“Arwah kemudian dipindahkan ke Pusat Perubatan UiTM Sungai Buloh dengan ambulans pada hari raya keempat.

 

“Sebelum ini, tiada sesiapa yang mengetahui arwah mempunyai penyakit jantung, tambahan lagi dia dikenali sebagai seorang yang periang.

 

“Arwah diketahui menghidap sakit gout dan mungkin dia sendiri baru mengetahui mengenai penyakit jantung dihadapinya,” katanya.

Jenazah Allahyarham telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Merbau Sempak, Sungai Buloh tengahari tadi.

IKLAN

Arwah Azzam telah meninggalkan seorang isteri, Siti Rubiahtuliza Ahmad Tajuddin serta tiga orang anak, Fatin Amira Najwa, 18, Muhammad Faiz, 16 dan Fatin Adelia Nisa, 6.

IKLAN

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga arwah Azzam dan semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.

Sumber: BH Online

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI