
Astro selaku Home of Entertainment sekali lagi mengukuhkan kerjasamanya bersama MPL Malaysia (MY) bagi penganjuran Grand Finals MPL MY Musim ke-15, yang bakal berlangsung pada 14 dan 15 Jun 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara.
Temasya berskala besar ini mengangkat tema ‘Pentas Kebanggaan’, bukan sekadar kejohanan e-sukan tetapi turut meraikan semangat nasionalisme, bakat tempatan, komuniti dan belia.
Ia mencerminkan peranan penting e-sukan sebagai salah satu industri kreatif yang sedang berkembang pesat dan berpotensi besar di Malaysia.

Kejayaan musim lalu menyaksikan Astro meneruskan sokongan dan kerjasama ini buat tahun kedua berturut-turut.
Sebagai peneraju kandungan hiburan menyeluruh, Astro sentiasa memberi sokongan padu terhadap pembangunan bakat tempatan dan usaha mengangkat martabat e-sukan ke tahap lebih tinggi.
Usaha ini secara tidak langsung akan memberikan pendedahan kepada orang ramai bahawa e-sukan bukan sekadar permainan video tetapi merupakan industri yang kini giat membangun.
Barisan Artis, Hos & Aktiviti Eksklusif
Selain aksi sengit dalam pertandingan e-sukan, acara ini turut diserikan dengan persembahan pentas daripada artis-artis terkenal tanah air seperti Mimi Fly, Aisha Retno dan Firdaus Rahmat.

Penyanyi rap Bunga Isme, Layla Sania, Wani Kayrie, Shahrol Kamal, dan Isaac Voo juga antara bintang yang bakal menyerikan acara ini.
Dalam pada itu, acara ini juga memberi peluang kepada peminat untuk beramah mesra bersama pelakon popular seperti Daniel Fong, Arena Wan, serta para finalis Big Stage Alpha.

Majlis akan dikendalikan oleh barisan hos termasuk Keanu Azman, Munabella, Daniel Cheang, dan Rose.

Sepanjang dua hari acara, pengunjung juga berpeluang menikmati pratonton eksklusif kandungan-kandungan akan datang dari Astro, termasuk drama, program realiti dan produksi Astro Originals.
Acara akan bermula dengan Konsert Pra-Anugerah Astro x MPL pada 14 Jun, manakala Majlis Anugerah & Perlawanan Akhir Grand Final dijadualkan berlangsung pada 15 Jun.
Untuk maklumat lanjut dan kemas kini, anda boleh mengikuti saluran media sosial rasmi Astro.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Kredit Foto: Instagram Mimi Fly, Aisha Retno, Daniel Fong, Keanu Azman & Muna Bella
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!




