Hmmm di musim-musim panas ni pasti ramai kanak-kanak yang terliur apabila melihat aiskrim, lagi pula di bulan Ramadan.

Tetapi kalau nampak abang-abang yang beratur pulak janganlah tanya kenapa ya.

Baru-baru ini tersebarnya satu video yang memaparkan seorang gadis berhelmet dan menunggang motor membawa aiskrim mendapat perhatian netizen.

 

Posted by Syamimi Azhari on Monday, June 19, 2017

Kejadian ini dikatakan berlaku di sebuah perkampungan yang terletak di Langkawi.

Dikhabarkan gadis tersebut merupakan salah seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) dan dia hanya menjual aiskrim ketika musim cuti semester.

Penjual Aiskrim Viral Sebab Cantik

IKLAN

Selain itu, Syamimi Azhari atau lebih dikenali sebagai gadis aiskrim ini juga dikatakan turut menyediakan khidmat dan mengambil tempahan untuk majlis-majlis seperti kenduri kahwin, open house dan sebagainya.

Rata-rata memuji kesungguhan gadis ini memenuhkan masa luangnya dengan sesuatu yang berfaedah malah tidak malu untuk melakukan tugasan seperti ini.

 

Posted by Syamimi Azhari on Thursday, June 1, 2017

Menurut penduduk di kawasan tersebut, selain kerana penjualnya cantik persis model, aiskrim unik yang dijual juga adalah punca mengapa gadis ini sering dikerumuni.

IKLAN

Antara perisa yang popular dijual ialah gabungan aiskrim bersama pulut.

Selain bijak berniaga, Syamimi juga dikatakan mempunyai bakat dalam bidang solekan dan menyediakan khidmat itu buat sesiapa yang memerlukannya.

Penjual Aiskrim Viral Sebab Cantik

IKLAN

Penjual Aiskrim Viral Sebab Cantik

Penjual Aiskrim Viral Sebab Cantik

Penjual Aiskrim Viral Sebab Cantik

Okay, kami boleh bayangkan apa komen-komen netizen selepas tengok gadis ni. Hehehe...

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI