“Pengorbanan Yang Sia-Sia,” – Fakhrul Unic Kecewa, Ada Yang ‘Selamba’ Langgar PKP

Share

Tarikh 4 Mei bermulalah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang menyaksikan majoriti rakyat Malaysia mula kembali bekerja dengan bersyarat.

Namun apa yang menyukarkan keadaan adalah apabila masih ada yang seakan-akan berdegil dan tidak menghiraukan jarak sosial.

Lebih menyedihkan, sejurus pengumuman PKPB dibuat, berduyun netizen keluar membanjiri pasaraya bersama pasangan dan anak-anak.

Fakhrul Unic misalnya, turut melahirkan kekecewaan dan perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu posting di Instagram.

Pada masa sama, dia turut menyatakan rasa simpati kepada petugas barisan hadapan dan rakyat Malaysia yang taat kepada perintah kerajaan.

Majoriti netizen turut menyifatkan pengorbanan hampir tujuh minggu golongan berkenaan seolah-olah sia-sia.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan hampir semua aktiviti ekonomi akan dibenarkan beroperasi secara terkawal menjelang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang bermula 4 Mei.

Perkara itu juga tertakluk kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Foto : Instagram Fakhrul Unic

IKLAN