Penggunaan Tulisan Jawi Dalam Klip Video Sembah, Naim Daniel Dapat Surat DBP

Share

Memuat naik sekeping surat yang diterima daripada Dewan Bahasa Dan Pustaka (DBP), Naim Daniel tidak menyangka usahanya memartabatkan tulisan Jawi di dalam klip video terbarunya, Sembah mendapat pengiktirafan daripada badan penguatkuasaan bahasa itu.

Malah menurut surat itu lagi, DBP berharap agar pihak lain turut menyokong usaha memperkasakan tulisan Jawi dalam kalangan masyarakat.

Allahuakbar, satu penghargaan besar bagi saya dan @wp.entertainment . Terima kasih DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA (@dbpmalaysia ) untuk penghargaan ini.

“Teruskan mendengar lagu terbaru saya, Sembah ! Di semua platform digital ! #sembahxnaim,” kongsinya.

Usaha pemenang utama di Juara Anugerah Juara Lagu ke-34 ini turut mendapat pujian netizen dan masing-masing meninggalkan reaksi di ruang komen.

Foto : Instagram Naim Daniel

IKLAN