Tahniah diucapkan buat pelakon Fizo Omar yang selamat menimang cahaya mata ketiganya pada petang Jumaat.

Isteri Fizo, Fazeera Nazri selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah pusat perubatan di Seri Kembangan, Selangor.

Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Fizo atau Wan Hafizol Wan Omar, 38, bersyukur proses kelahiran bayi perempuan yang dilahirkan secara normal itu berjalan lancar.

“Syukur alhamdulillah. Isteri saya @ffezyranesry telah pun selamat melahirkan bayi perempuan seberat 3.07 kilogram pada jam 5.57 petang tadi di @andorrahospitalofficial.

“Syukur Ya Allah, semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar. Hanya mengambil masa beberapa jam sahaja di labour room untuk melahirkan secara normal,” tulisnya di ruangan kapsyen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

Dalam pada itu, Fizo turut menyifatkan kelahiran anaknya kali ini merupakan satu pengalaman berharga apabila berpeluang menyambut sendiri kelahiran bayinya itu.

“Pengalaman yang sangat berharga dalam hidup saya apabila diberi peluang untuk menyaksikan proses bersalin dan diberi peluang untuk menyambut sendiri bayi keluar dari rahim ibunya. Ya Allah, tak terkata.

IKLAN

“Terima kasih buat Doktor Kamsiah dan seluruh warga @andorrahospitalofficial di atas pengalaman yang luar biasa ini dan layanan yang sangat baik,” tulisnya lagi.

Fizo dan Fazeera telah mendirikan rumah tangga pada 21 Oktober 2021 dan dikurniakan anak sulung Wan Khaleeda yang kini berusia setahun.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fizo Omar (@fizoomar)

IKLAN

Terdahulu Fizo pernah berkahwin dengan usahawan, Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada 10 Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Wan Maryam yang kini berusia enam tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI