Perkongsian isu kekeluargaan penyanyi senior, Noorshila Amin menerusi program Gegar Vaganza 6 (GV6), memberi inspirasi buat ramai orang untuk lebih menghargai keluarga dan adik-beradik.
Malah, pendedahannya itu sebolehnya boleh menjadi pengajaran yang boleh dimanfaatkan.
Bercerita lanjut mengenai perkara itu, Noorshila yang sinonim disapa Mama mengakui sudah lama terdetik rasa rindu untuk kembali berada dalam satu institusi kekeluargaan yang harmoni seperti sebelum ini.
“Pengajarannya di sini, walau anda rasa sangat hebat, orang kata macam kaya berbanding adik-beradik yang lain, tapi kekeluargaan itu anda akan rindu.
“Meski rasa macam tidak mengapalah aku ada suami dan anak-anak. Itu yang saya buat dulu. Tapi jauh di sudut hati, saya rindui mereka.
“Itulah momen yang sangat tenang. Selama 20 tahun saya simpan, hanya dalam beberapa saat… Saya rindu sangat pelukannya. Kepada semua, kembalilah kepada keluarga anda,” katanya kepada MH.
Ads
Noorshila pada masa sama turut memberi peringatan agar menghargai dan menjaga ibu dengan sebaiknya.
“Saya tahu masing-masing ada ego. Akan tetapi ia akan terdetik rasa rindu pada hati. Sebabnya, ia sangat peribadi. Apa pun, kalau ada ibu jagalah dia.
“Kepada anak lelaki, ibu adalah keutamaan. Bukan isteri anda. Ibu hingga ke hujung nyawa. Dahulukan ibu.
Ads
“Allah sudah berjanji, kalau ibu yang anda angkat insyaAllah rezeki akan melimpah kepada kita semua,” jelasnya.
Ditanya siapakah yang memulakan usaha untuk berbaik, Noorshila akui sebagai adik, dia terlebih dahulu cuba menjernihkan situasi.
“Sudah tentulah saya, dia abang saya. Malah saya sendiri tidak sangka kalau nak diikutkan sudah 20 tahun.
Ads
“Sebab itulah saya peluknya dan dia beritahu saya, ia raya yang sangat bermakna baginya,” akui Noorshila yang turut mengakui masing-masing perlu mengucapkan maaf andai ada khilaf.
Terdahulu, bintang ini ditemui media pada sidang media GV6 yang turut menyaksikan namanya dan Wann diumumkan sebagai peserta tersingkir dalam saingan separuh akhir program hiburan berkenaan.
Ikuti temu bual penuh mengenainya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Kecoh sejak malam tadi menerusi laman Twitter apabila nama seorang pelawak popular dikaitkan dalam satu video sedang berurusan dengan seorang penunggang motosikal.
Menerusi rakaman video pendek tersebut, individu yang dikatakan mirip seorang pelawak dari kumpulan popular itu seolah-olah terkejut lalu berang apabila mengetahui dirinya sedang dirakam.
“Woi! Hang rakam apa?” kata individu berkenaan kepada perakam video dalam loghat utara sambil meluru keluar dari kereta jenis perodua Myvi.
Sehingga kini, video kurang seminit itu yang dikongsikan seorang pengguna Twitter itu sudah ditonton lebih 40,000 kali.
Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja dorang buat.
Hari tu sorang jadi tauke ayam. Yang ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu. pic.twitter.com/NaVp51vvvg
“Rajin pelawak zaman sekarang ni, macam-macam kerja mereka buat.
“Hari tu seorang jadi tauke ayam. Kali ni tak pasti lagi tauke sayur atau air batu.
“Gaya tangan waktu bagi barang tu nampak macam dah lama je berkecimpung,” ciap pemilik akaun Twitter yang memuat naik video berkenaan.
Ciapan tersebut sekaligus menerima reaksi pelbagai warganet dan ada mendakwa mengaitkan individu tersebut sebagai pelawak berdasarkan loghat dan suara.
Bagaimanapun, ada juga yang menyangkal kerana berpandangan ia hanya gimik atau lakonan semata-mata. Antaranya;
“Gimit je ni, nnt keluar la moie baru *******. Hahahaha.”
“Staged. Amende pass barang jauh2 macamtu nampak nau memang nak bagi nampak satu alam hahaha. Ytjt.”
“Doesnt looks legit.”
“Tak real siak. Nampak sangat beelakon.”
“Beria menghalakan lampu motor ke arah muka pelawak sampai senget2 tayar motor.”
“Alaa kalau fikir logik takkan la nak bagi barang tempat terbuka macam tu woi.agak2 la dengan lampunye.”
Malah ada juga yang mendakwa ia sebagai strategi pemasaran sebelum individu didakwa melancarkan produk baharunya.
Sehingga kini, individu yang didakwa mirip pelawak terbabit belum dikenal pasti atau dapat dibuktikan kesahihannya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Isteri kepada Azlan Komeng Nur Nilam Ortiz yang kini giat mengusahakan perniagaan kecil-kecilan sos siam buatan sendiri mengucapkan terima kasih kepada pembeli yang menyokong.
Nur Nilam mengambil inistiatif dengan berniaga bagi membantu menyara keluarga selepas suaminya masih lagi belum boleh bergerak dengan baik sehingga hari ini akibat kemalangan.
“Yang support perniagaan sos saya, terima kasih. Memang saya tak sangka bahawa kasih sayang Allah ini luas.
“Allah hantarkan kalian untuk bantu saya di saat saya tiada siapa-siapa. Terima kasih,” katanya menerusi hantaran video di TikTok, pada Khamis.
Menerusi hantaran berlainan, dia turut berkongsi proses untuk membuat sos yang diusahakan.
Malah Azlan dilihat turut tidak tidur bagi menemaninya isteri.
“Kita tengok big boss kita. Rasanya dia tidak tidur lagi ni. Dia tak boleh kalau bini dia belum tidur, dia pun tak akan tidur,” kata Nilam di dalam video terbabit.
Terdahulu menerusi laporan media, sos siam dijual dengan harga berpatutan.
“Alhamdulillah.. buat masa ini saya menjual sos siam yang saya buat sendiri dekat kampung. Apa sahaja kerja yang mendatangkan duit saya akan buat.
“Harga sos yang saya jual pun tak sampai RM30, Insya-Allah mampu milik.. jadi mana-mana yang nak rasa bolehla support. Rasa dulu, sebab ini buat sendiri,” katanya.
Pada 12 Oktober lalu, Azlan bersama Nilam terlibat dalam kemalangan di Kuala Lipis, Pahang ketika dalam perjalanan ke tapak perniagaan festival makanan di Kuala Lumpur.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Hampir dua tahun tidak muncul di kaca televisyen, pelakon Datin Niena Baharun menafikan dakwaan bahawa suaminya tidak mengizinkannya meneruskan kerjaya seni.