Penampilan bintang media sosial, Ernisha atau nama sebenarnya Erni Nurshahira Khairul Zaman yang tampil dengan imej tidak bertudung sejak beberapa minggu lalu sebagaimana yang dikongsi di Instagram miliknya nyata mengundang perhatian ramai.
Imej terkininya itu turut mendapat reaksi pelbagai dari pengguna media sosial.
Terdahulu, menerusi tinjauan di platform sama, gadis berkenaan difahamkan telah memuat naik foto dan video dirinya tidak bertudung sejak awal bulan lalu.
Ads
Terdahulu, Ernisha pernah terpalit di dalam satu video dipercayai dirakam di sebuah kelab malam dalam keadaan tidak bertudung serta berpakaian menjolok mata hingga mencetuskan sensasi di media sosial.
Genap 44 hari kelahiran permata sulung Ika Nabella dan Muhammad Zaid Aznam dilahirkan, pasangan ini telah mendedahkan wajah penuh wajah putera cilik mereka.
Memilih nama Muhammad Noah Zayn, bayi lelaki yang dilahirkan seberat 3.25kg pada 23 Oktober lalu turut memiliki akaun Instagram tersendiri.
Malah, ia sudah mencecah lebih 4,000 pengikut.
Sementara itu, Ika bersyukur kerana permata yang ditunggu-tunggu selepas tiga tahun mendirikan rumah tangga pada Julai 2016, dianugerahkan anak yang sihat dan sempurna.
“Assalamualaikum everyone! So this is @muhammadnoahzayn the love of my life.!
“I’ve been calling him “zuriat Mommy”. Dok tak dok.
“Seypa mulut chup chap chup chap ni zuriat Mommy lapaq kaaa? mau nenen ka?” “Awat teriak zuriat Mommy? Sapa kuteyyyy chek”?
“Tara tu punya la cewiiii beranakkan seketoi Noah Zayn ni anak soleh ni . Aihhh sayangnyaaaa lahai! Semoga Allah berkati kehidupan anak2 kita semua. Aminnnn,” tulis Ika.
“Sebagai penutup, menjelang tahun dan dekad baru mendatang ini, kami tanya kepada Sherry tentang harapannya untuk tahun 2020.
“Kata Sherry sambil ketawa kecil, “Dulu saya ingatkan tahun 2020 itu seperti tahun dunia berakhir tapi sedar-sedar 2020 sebentar sahaja lagi! Janganlah dunia berakhir. Masih banyak impian yang belum saya capai.
“Tentulah saya mahu semua semua perniagaan saya maju, baik jenama tudung mahupun salun. Saya mahu single saya meletup. Saya perlukan satu single yang hit! Dan yang paling penting, saya mahu berkahwin. Bukan settle down ya, tapi move on kepada fasa seterusnya.
“Sebenarnya saya happy dengan keadaan sekarang tetapi kadang-kadang kita kena ada hope. Tak mahu jugalah kalau hope sahaja tapi tak jadi apa-apa. Jadi kalau boleh tahun depan saya mahu berkahwin dan memulakan keluarga sendiri. Semoga ada jodoh saya,” tulisnya.
Pelakon Eyra Hazali tidak melenting apabila suaminya yang juga penjaga gol skuad kebangsaan, Haziq Nadzli dikritik netizen gara-gara prestasi hambar dalam saingan Bola Sepak di Sukan SEA ke-30 di Filipina, baru-baru ini.
Bintang Mr Grey itu bagaimanapun positif sekali gus memaafkan.
“Thank you everyone for your kind words! for those yg suruh eyra saman je mamat tu,i wont. Kalau ikutkan ada yg lebih teruk but eyra maafkan,haziq pun maafkan.
“Matlamat kami bukan utk orang merangkak cari kami di akhirat nanti. Cukup doa untuk Allah sedarkan dia,in sha Allah,” tulisnya menerusi salah satu twit yang dilayangkan pada Khamis.
thank you everyone for your kind words! for those yg suruh eyra saman je mamat tu,i wont. Kalau ikutkan ada yg lebih teruk but eyra maafkan,haziq pun maafkan. Matlamat kami bukan utk orang merangkak cari kami di akhirat nanti. Cukup doa untuk Allah sedarkan dia,in sha Allah ☺️
Sebelum ini, ada netizen yang meluahkan rasa kecewa di media sosial apabila pasukan bola sepak kita gagal lolos ke peringkat seterusnya dalam saingan sukan dwitahunan itu.
Terdahulu, cabaran skuad bola sepak bawah 22 tahun (B-22) negara pada saingan Sukan SEA 2019 berakhir apabila tewas 1-3 di tangan Kemboja dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Rizal Memorial, Filipina.
Kali terakhir Malaysia memenangi emas bola sepak Sukan SEA adalah pada edisi 2011 di Jakarta, Indonesia.
Pasangan berkenaan selamat diijabkabulkan pada 1 November 2019 lalu dengan sekali lafaz di Masjid As Syakirin, KLCC.
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.